2-3 hari ni badan tak berapa kuat dah. Waktu pagi kepala pening, kekadang terasa mual macam kena morning sickness balik. Lepas subuh, terus minum dan makan untuk elak perut kosong. Biasanya pagi, pukul 8 kena juga baringkan badan balik walaupun tak mengantuk sebab badan lemah dan pening. Akhirnya tertidur gak sejam dua ngan Amjad. Bangun tidur, masak, makan, sambung rehat..itulah rutin harian. Petang lepas zohor baru badan rasa kuat sedikit dan barulah dapat buat kerja menjahit dan kerja-kerja rumah yang lain.
Perut pun dah makin berat, jalan pun rasa menekan pada paha dan kaki. Biasalahkan, setiap kandungan berbeza2. Masa mengandungkan Amjad, badan takde sakit2 tapi selalu semput dan pitam sebab kurang darah. Kali ni, semput tu kurang sikit tapi sakit-sakit badan. Mungkin sebab urat saraf dalam badan pun dah berubah selepas lahirkan anak pertama. Lepas bersalin ni, rasanya kena berurut sakan.
Cerita pasal raya, Syawal dah pun habis saya baru nak cerita pasal raya..hehe. Tahun ni balik raya kat Kelantan sebab dah beberapa tahun tak balik raya kat sana pada raya pertama. Selalunya raya kedua atau ketiga baru balik. Kali ni kenalah tukar lagipun raya haji dah tak balik sebab dah nak bersalin atau dah bersalin pun.. :?
Ni 2 hari sebelum raya kat rumah mak (nenek). Ni Ayah tengah menolong mak buat tapai pulut..hehe, romantiknya :). Bila dah berumur tinggal berdua je. Begitu jugaklah kita nanti.. Tapi akhirnya sorang-sorang je kat alam barzakh. Moga amalan baik jadi peneman kita.
Amjad main bunga api. Risau tengok dia main, tapi ada ramai yang memantau. Alhamdulillah, takde apa-apa. Bukan main seronok lagi dia main. Ni pak udanya tengan melayan main bunga api. Lepas dapat main , tiap2 malam minta pak uda ngan tok pa nya pasang 'fire', katanya (pelita ngan bunga api).
Tahun ni tema coklat. Lepas makan dan bergambar, kami ziarah kubur arwah mama dan ke rumah mak dan sedara-mara kat kampung. Raya pertama, kereta takdelah banyak sanagat. Raya kedua, jalan sesak macam kat KL. Memang beraya atas jalan rayalah jawabnya.
Raya ketiga kitaorg dah balik Shah Alam, alhamdulillah jalan tak sesak. Dalam 6-7 jam kain dah sampai rumah.
No comments:
Post a Comment