Friday, September 3, 2010

Make Up Pouch and Ipod Case

Dah tinggal lebih kurang seminggu je lagi kita berpuasa. Bulan ni memang produktiviti menurun sebab sibuk untuk penuhi keistimewaan Ramadhan dan nak siapkan 700 pcs uncang Muni. Pengsan jugak rasanya nak siap..hmm, lepas ni tak nak ambik bulk order lagi kot. :fuhh:

Tapi seronoknya dengar jutawan Ramadhan yang jual kuih raya dapat jualan sampai berpuluh2 ribu. Bila pulak nak jadi mcm tu gak ye?? Jual kuih raya gak tahun depan?? Hihi 

Ohya, make up pouch dan ipod case ni dah lama siap, sebelum bulan puasa lagi. Barang ni pun belum lagi diposkan kerana masih menunggu bayaran penuh dari tuan punya, busy nak raya kot.







Bahagian depan dicantum dengan dua kain yang berbeza, sementara bahagian belakang cuma satu corak kain.



Ipod case ni agak susah nak buat sebab saiznya yang kecik dan ada plastik. Jadi tak boleh nak terbalikan untuk buat tapak, kalau terbalikkan plastik jadi berkedut pulak. Tapi saya dah tau satu cara lain untuk buat tapak tanpa terbalikkan kain. Hmm, nanti boleh cuba buat yang lain.

Ok, sampai jumpa lagi. Moga kita sama-sama dapat cari malam lailatulqadar, insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...