Ilham utk berkraf atau menghasilkan sesuatu yg kreatif dan lain dari yang lain dtg dari pelbagai cara. Ada dtgnya dari alam semula jadi, gambar, internet atau apa saja di sekeliling kita. Namun semuanya adalah asbab atau sebagai perantaraan yang Allah salurkan melalui minda kita.
Kreativiti juga tertakluk pada banyak bidang termasuklah dalam menghasilkan kraftangan, masakan, fotografi, lukisan dan sebagainya. Jadi sesiapa saja yg ingin menjadi org yg lebih kreatif, mendapat ilham yang baru dalam karyanya amallah Asma Ul Husna ini:
Ya Musawwir - Pereka
THE FASHIONER
~
Allah fashions His creation. For example He gives different types of birds, different shapes, sizes and colours. He is the designer and giver of forms and colour to His creation.
Bolehlah baca seberapa byk pun, tengah menjahit ke..tgh buat kek ke, moga Allah berikan idea yang baru dlm menghasilkan hasil tangan masing2 ^^.
Zikir Asma-ul-husna ni makcik saya yg bagi minggu lepas selepas dia balik dari kuliah subuh. Dia pun suka dalam membuat kraftangan, memang satu hobi dgn dialah^^.
Alhamdulillah, dalam saya mencari maksud Al-Musawwir ni saya terjumpa wallpaper ni. Beberapa bulan yg lepas, kawan saya ada beritahu saya supaya berpuasa 7 hari untuk dapatkan anak tapi lupa zikir apa yang perlu saya baca. Semalam baru saya bertanyakan suami pasal ni, tapi dia lupa langsung pasal amalan tu. Hari ni Allah dah bagi jawapannya. Alhamdulillah, syukur sangat.
Jadi sesiapa yang inginkan anak atau nak tambah anak (mcm saya ni^^) bolehlah amalkan:
Puasa 7 hari berturut-turut dan setiap kali buka puasa dengan air ucaplah Al Musawwir/ Ya Musawwir.
Insyaallah, Allah akan berikan zuriat. Alhamdulillah, kawan saya yg amalkan ni, sebulan lepas tu dia mengandung. Kita berusaha, Allah menentukan semuaNya. Apapun Allah akan bagi yang terbaik untuk kita, redha lah atas segala dugaan dan kurniaNya.
Mengingati Allah..Allah akan ingat pada kita. Mengingati Allah..hati akan menjadi tenang. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya.
Wallahualam.
2 comments:
[...] sumber sweetlilcraftcollections.com, kawannya amalkan zikir ini dan mendapati dirinya mengandung sebulan lepas tu. Kita [...]
terima kasih atas link tersebut :).
Post a Comment