Thursday, October 18, 2012

Nursing cover & Drawstring Pouch

Salam,

2 minggu lepas saya siapkan last order. Siap satu nursing cover dan 8 drawstring pouch.


Macam biasa, ada satu poket sebagai kain lap. Bolehlah buat lap susu kat mulut baby nanti. Poketnya saya guna kain flannel. Jadi lembut je je bila kena pada baby.
(pst, tak sempat nak gosok, terus ambik gambar :P)



Ini dia drawstring pouch tu. Saya buat bentuk U dan agak besar, sesuai untuk isi 6 botol pil ubat seperti yang diminta oleh kawan saya tu . Insyaallah, rasanya dah muat.





Inilah sebahagiannya. Jenis kain-kainnya ada yang 100% cotton, ada yang campur sesuai dengan harganya yang murah ^^.

Oklah, jumpa lagi. Nak pergi ambil Amjad kat sekolah. Bye ^^/. 

Tuesday, October 9, 2012

Jennifer Clutch {wristlet clutch}


Dah lama tak jahit clucth. Ramai geng jahit kat fb yg jahit clutch tapi kebanyakan guna pattern Michelle, saya nak kelainan sikit jadi saya guna pattern dari Sue Kim, IthinkSew. Ni first try jahit guna pattern tu jadi jahit satu dulu sementara siapkan tempahan yang lain. Sekarang dah habis semua tempahan bolehlah jahit projek clutch. Suka dengan hasilnya, besar ~ boleh isi smart phone, wallet even bedak dan lipstik. Ada yang berminat dengan clutch ni ke? Hehe..rasanya nak buat giveaway ^^ . Berminat boleh like fan page sebab saya akan buat giveaway kat fan page.

Program hari ni nak kemas bilik jahit lepas tu siapkan langsir bilik dan cadar. Dah lama beli kainnya tapi tak jahit-jahit lagi sebab siapkan tempahan orang dulu. Minggu depan nak buat majlis hari lahir Fateh pulak. Hmm, sekejap je masa berlalu, dah setahun umur fateh.

Oklah, sampai jumpa lagi. Happy sewing and have a nice day everyone ^^!!.






Saturday, September 29, 2012

Rindu Mak..

Assalamualaikum..

Dah lama saya tak bercerita mengenai keluarga saya kan. Kekadang banyak benda yang nak ditaip kat sini tapi memang takde kesempatan. Nak menjahit pun susah. Setiap hujung minggu saya mesti keluar dengan keluarga. Kalau tak balik Banting, kami keluar jalan-jalan dan ada juga balik Kelantan.

2-3 bulan sebelum raya, saya memang kerap balik Kelantan sebab ziarah nenek yanng uzur. Kat Kelantan, biasanya org panggil nenek dengan panggilan mak, mek atau chek. Saya pun macam tu. Nenek saya, saya panggil mak. Pada tahun 2004, mama iaitu mak kandung saya telah kembali ke rahmatullah kerana kanser tyroid dan merebak ke otak. Arwah mama pula satu-satunya anak mak. Bayangkanlah perasaan ibu yang kehilangan satu-satu anaknya. Setahun dua selepas arwah mama pergi, mak sering menangis. Tengok baju mama menangis apatah lagi kalau bercerita pasal mama. Atuk atau saya panggil ayah pun telah pergi selamanya 2 tahun sebelum arwah mama. Mak sunyi, 5 cucu tempat dia berkongsi kasih. Tapi saya sendiri jauh di Shah Alam, akhirnya cari atuk baru tempat mak berkongsi cerita dan mengadu sakit pening.

Pada tahun 2008, semasa saya dalam pantang melahirkan Amjad, mak disahkan mengidap kanser ovari. Perutnya besar tapi badan kurus sebab tak selera makan. Saya pun tak tahu atas alasan apa apabila perutnya dibedah tapi ovari yang dijangkiti tidak dibuang. Kanser mak dah peringkat akhir, mungkin sudah merebak ke organ-organ lain yang membuatkan doktor buat keputusan macam tu. Jadi, mak kena kimoterapi sebanyak 6 kali. Memang habis botak kepala mak, kening pun takde. Kesian tengok mak. Lepas habis kimo, setiap 3 bulan mak kena ambil darah untuk tengok perkembangan penyakitnya. Alhamdulillah, mak sihat kembali. Mak suka masak, kalau cucu-cucu balik, meja memang penuh dengan makanan.

Lama juga mak bertahan, raya tahun lepas pun mak sibuk buat tapai dengan tok ayah. Awal tahun 2012, kansernya menyerang balik. Mak susah nak buang air besar dan tak selera makan. Badannya kembali susut, memang tinggal kulit dan tulang. Mak hanya terbaring lesu, kalau jiran-jiran datang melawat terhibur jugaklah hati mak. Kekadang diorang datang bacakan yasin.  2 hari lepas saya balik ke Shah Alam selepas beraya di Kelantan, mak muntah darah. Mak dikejarkan ke hospital dan dia mengadu sakit sangat. Morfin untuk menahan sakit pun sudah tak berkesan.

Rupa-rupanya raya tahun ni adalah raya terakhir kami dengan mak. Mak pergi buat selama-lamaya selepas menderita sakit kanser. Innalillahi wainnailai hirojiun, daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali... Saya sekeluarga bergegas balik ke Kelantan tapi 15 minit terlewat dan tak sempat melihat mak buat kali terakhir. Dah sebulan berlalu, kekadang saya fikir mak masih ada, speed dial kat telefon saya masih lagi ada nama mak. Saya telefon dan suka minta resepi kuih muih kampung. Tengok tudung saji yang mak buat, buat saya rindu padanya =(

Mak, hanya doa ayu kirimkan buat mak di sana. Semoga roh mak dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah....



Tuesday, September 18, 2012

Diapers Bag & Wallet

Alhamdulillah, siap juga diapers bag ni. Dah lama saya tak menjahit diapers bag. Syukur tak ambik masa yang lama walaupun ingat-ingat lupa cara menjahitnya. Saya tak perasan ada kesan kedut di bahagian badan beg selepas ambik gambar. Dah letak kat FB dan kat sini baru perasan, hmm..nanti kena gosok lagi. 



Bahagian dalam beg ada 4 poket besar.



Satu set dangan diapers beg tu saya jahit wallet. Sebenarnya ia tempahan dari orang yang sama. Banyak lagi yang ditempahnya tapi saya yang tak mampu nak jahit memandangkan ruang waktu untuk menjahit sangat terhad. Ni pun lama betul dia tunggu..



Bahagian dalam wallet ada 6 poket untuk kad, 2 poket untuk duit kertas dan satu bahagian berzip untuk duit syiling. Dompet ni masih sama seperti dompet2 yang lain juga. Insyaallah, dah beres semua order saya nak buat design wallet baru pulak. Tunggu ye ^^..

Tuesday, September 11, 2012

Projek Sebelum Raya

Salam semua..

Susah betul nak ambik masa untuk update. Fateh dah 10 bulan, dah mula bangun dan bertatih 1-2 tapak. Lasak bukan main lagi hero ibu ni berbanding masa Abang Amjad kecil. 

Projek terbaru masih dalam proses, jadi update projek sebelum ni je dululah. 3 pasang seluar jeans yang telah di make over jadi jeans untuk gegirl.  










Design yang ketandusan idea di bulan puasa.. :) Nak jahit satu-satu pun dah tak larat, jadi banyak tampal je.  Kita masih lagi di bulan Syawal, jadi belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat semua :) . Maaf zahir dan batin jika ada silap dan salah. Oklah, sampai jumpa lagi. Have a nice day semua ^^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...