Thursday, April 29, 2010

Kain dan Riben


Hari Isnin lepas dapat kain ni dari Diesha. Ada extra fabric lagi..sukaa :)


Untuk rakan2 yg tempah beg dsbnya boleh pilih kain ni. Boleh tengok dengan lebih lanjut kat sini.



Bawah ni pulak, grosgrain ribbon untuk dijual. Saya beli kat satu kedai kraf kat sini. Baru je terjumpa kedainya semasa mencari buggy Amjad. Mcm2 ada tp yg ni je saya dpt sambar dulu, harga barangnya pun tak mahal sgt. Sesiapa yg berminat NAK BELI boleh singgah kat LILSTORE saya. Kalau nak beli by pack pun bagitau saya ye. Insyaallah, saya boleh bagi harga special. Lilstore tu saya belum master lagi..:)



Ok, jumpa lagi ^_^

psttt..tak berapa sihat, kena selsema. Nak tidur malam susah sgt, hidung terumbat. Nak buat kerja, kepala pulak berat je. Doakan saya cepat sembuh ye :)

Wednesday, April 28, 2010

Waiting List

Waiting list saya dah update, boleh tengok kat sini.

Jika ada yang tertinggal, tolong bagitau saya ye.

Terima kasih buat semua kerana sudi tempah dengan saya dan bersabar tunggu tempahan siap.


Tuesday, April 27, 2010

Tempahan Ditutup


Tempahan bag dan sebagainya telah ditutup buat sementara waktu.


Harap maaf ye.


Takut nak ambik banyak sangat, kaki tangan tak cukup..hihi, karang lama pulak menunggu beg siap.


Apa-apa perubahan, saya akan beritahu nanti.


TERIMA KASIH SEMUA ^_^

Umrah & Ziarah: Istanbul 1

Salam, hari ni saya ambil sedikit masa untuk cerita mengenai Ziarah & Umrah saya sekeluarga pd 7/4-21/4 baru-baru ni.


Pada 7/4, kami berlepas pada pukul 7.30 malam ke Singapura.Transit di Changi Airport lebih kurang 4 jam dan pukul 11.10 malam kami berlepas ke Istanbul, Turki. Ke Istanbul, lebih kurang 11 jam. Fuhhh...lenguh satu badan.


Sampai pukul 6.30 pagi. Lepas check in hotel, pukul 9 pagi kami mulakan ziarah.



Tulip ni di tanam di setiap landskap bandar Istanbul, kiranya inilah bunga kebangsaan Turki. Gambar ni diambil di Istana Topkapi



Pintu gerbang laluan masuk ke Istana Topkapi, masuk je memang  terkedu tgk kecantikan taman dan bunga tulip.




Sebahagian taman di Istana Topkapi




Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed. Ia dinamakan Masjid Biru kerana dihiasi dengan tampalan seramik berwarna biru di dinding dalamnya.


Gambar dalam masjid ni nanti saya upload kemudian.




Saya ambil kesempatan mengambil gambar ketika berjalan kaki dari Masjid Biru ke Istana Topkapi. Macam2 benda menarik dan cantik2 tp saya tak beli apa sangat, sekadar fridge magnet sbg tanda ingatan dari Turki je..hihi. Duitnya mahal dari kita. Tu yg tak shopping. 1 Turki Lyra lebih kurang MR3-4 kita. Paling tak tahan, nak masuk tanda pun 1 lyra, tak ke RM3 sekali masuk..huhu.




Makanan ruji orang Turki ni roti dan roti ni yang biasa dijual di tepi2 jalan. Ada yg guna kiosk kecik tapi yg ni masukkan dalam kayu je ^_^.




Gambar ni diambil dari dalam bas. Ni permandangan senja di Selat Boporus. Selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan Asia. Istanbul terletak di bahagian Eropah.


Oklah, nanti saya ceritakan lagi.. ^_^.

Monday, April 26, 2010

Berpindah ke Blog Baru

Salam semua,

Untuk makluman kawan semua, blog ini dan blog peribadi saya telah berpindah ke blog baru :

http://sweetlilcraftcollections.com/

Jemputlah datang ye dan jgn lupa tukarkan ke alamat baru :)
Nanti saya update address kawan2 kat blog baru jugak.

Jumpa di sana ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...