Esok genap umur Amjad 6 bln. Esok juga dia kena inject. Amjad dh mula belajar duduk with suppport, awal usia 5 bulan, dia memang terliur je tgk org makan. Orang ckp dlm buku, tanda2 tu menunjukkan kita dh boleh introduce solid food tuk dia. Jadi, sy dah cuba bg sedikit biskut milna yg dicampur dgn air zam2. Dia suka sgt..asyik buka je mulutnya dan takde pulak yg dimuntahkan. Esok, nak cuba bagi nasi yg diblend, campur susu ibu. Harap anak ibu membesar dgn sihat..
Friday, January 16, 2009
:: Apakah pergorbanan seorang muslimah? ::

Artikel ini dikirim oleh seorang rakan kepada suami saya..sama2lah kita renung. Moga apa yang baik kita jadikan pedoman yg buruk kita jadikan sempadan.
Pengorbanan Nabi Ibrahim ialah meninggalkan anak dan isterinya di padang pasir yang tandus sehingga wujudnya telaga zam-zam dan diuji oleh Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail. Sememangnya kisah ini perlu menjadi iktibar kepada seluruh umat Islam. Dihayati sepenuhnya untuk mencapai tahap keimanan yang tinggi di sisi Allah subhanahu wa Ta'ala. Persoalannya berapa ramaikah umat Islam hari ini yang sanggup berkorban demi agama Allah?
Ramai juga yang membayangkan pengorbanan seumpama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail itu tidak wujud lagi di zaman ini. Justeru pengorbanan yang bagaimana yang perlu dilakukan?
Bagaimana pula golongan wanita melihat pengorbanan yang dilakukan olehHajar? Mungkin sahaja ramai yang bertanya kepada diri sendiri: apa yang akan dilakukan sekiranya ditinggalkan sendirian oleh suami
bersama anak yang masih memerlukan belaian dan kasih sayang seorang ayah? Di padang pasir yang kering kontang, tiada berpenghuni baik haiwan mahupun tumbuhan, sanggupkah membiarkan suami pergi tanpasebarang bekalan yang ditinggalkan?
Mungkin ramai yang akan menyatakan kesanggupan bergantung kepadakemampuan diri seseorang wanita itu. Justeru ramai yang menganggap bahawa masing-masing telah melakukan pengorbanan mengikut kemampuan
diri mereka. Ada yang berpendapat pengorbanan wanita yang paling tinggi ialah mendidik anak-anak, menjaga rumah tangga, melayan suami dengan baik dan seumpamanya. Persoalannya apakah itu sudah memadai?Adakah wanita hanya dituntut untuk mendidik anak dan menjaga rumahtangga sebagai jalan melayakkannya menjadi penghuni Syurga Allah?
Untuk menjawab persoalan mengenai pengorbanan yang dituntut dari seseorang wanita, seorang penulis Hasbi Ashshiddieqy dalam bukunya Lapangan Perjuangan Wanita Islam, memulakan penerangan denganmemperincikan mengenai kewajipan kaum wanita, iaitu ia tediri dari 5 perkara:
- Kewajiban meninggikan Islam (wajibat diniyah) dengan memiliki perilaku yang baik, ilmu dan kecerdasan, dan amal usaha dalam gerak perjuangan.
- Kewajiban kepada diri sendiri sebagai manusia (wajibat syahsiyyah) dengan menjaga keyakinan/keimanan terhadap Islam dan memelihara jasmani.
- Kewajiban terhadap keluarga dan rumahtangga.
- Kewajiban terhadap masyarakat dan pergaulan umum.
- Kewajiban terhadap pembangunan pemerintahan dan Negara Islam iaitu Daulah Islamiyah.
Secara ringkas, ia boleh dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu kewajiban berdakwah (seringkali di luar rumah) dan kewajiban rumahtangga. Dengan kata lain, pengorbanan yang perlu dilakukan oleh wanita adalah tidak lain, melainkan dalam rangka melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Muslimah.
Sebagai misalnya kewajipan berdakwah, ia sering disalahertikan sebagai tidak terkena kepada wanita, sedangkan di dalam Al Quran dan hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassallam, banyak seruan kepada kaum Mukminin baik laki-laki maupun perempuan untuk berdakwah dan mengubah realiti yang jauh dari hukum Islam. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada suatu
kaum (qaumun) sampai mereka mengubah apa-apa yang ada pada diri
mereka" [Surah Ar Ra'd 13:11].
Dalam bahasa Arab, kata qaumun dalam ayat tadi mencakup laki-laki mahupun perempuan.
Begitu juga di dalam firmanNya:
"Dan hendaklah ada diantara kamu sekelian suatu umat (ummatun) yang
menyerukan al-khair (Islam) dan menyeru kepada yang ma'ruf dan
mencegah dari segala kemungkaran". [Surah Ali Imran 3:104].
Dalam ayat ini, terdapat juga petunjuk bahawa yang wajib melakukan dakwah kepada Islam dan amar ma'ruf nahi mungkar adalah laki-laki dan juga perempuan. Hal ini dapat difahami dari kata ummatun yang terdapat dalam ayat tersebut. Kata ummatun dalam bahasa Arab bukanlah milik spesifik laki-laki melainkan ia juga ditrujukan kepada perempuansamada yang masih bujang mahupun yang sudah bersuami.
Banyak lagi hadis dan ayat-ayat lain yang seumpama dengan yang dimaksudkan di atas. Malah ianya mengandungi ancaman keras kepada siapa sahaja yang tidak melakukan dakwah dalam usaha untuk mengubah keadaan kekufuran dalam masyarakat dan mengembalikan kehidupan Islam (isti'nafi hayat islamiah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:
"Dan peliharalah diri kamu sekelian dari pada siksaan yang tidak khusus
menimpa orang-orang yang zalim diantara kamu sekelian saja.
Dan ketahuilah Allah Maha Keras siksa-Nya." [Surah Al Anfal 8:25].
Di dalam satu hadis Rasulullah mengesahkan hal ini dengan bersabda:
"Demi zat yang diriku ada dalam genggaman tangan-Nya, sungguh-sungguh
kalian (mempunyai dua pilihan, iaitu) melakukan amar ma'ruf nahi
mungkar, ataupun Allah akan mendatangkan siksa dari sisi-Nya yang akan
menimpa kalian. Kemudian setelah itu, kalian berdoa, maka (doa itu)
tidak akan dikabulkan." [Hadis riwayat Imam Tirmidzi].
Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan di atas, jelas bahawa dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam itu bukan hanya wajib bagi golongan lelaki tetapi juga bagi perempuan. Sesiapa saja yang tidak menunaikannya akan merasakan balasannya kelak di Akhirat. Dan sesiapa saja yang berusaha untuk menghalang dakwah tersebut bererti dia berusaha untuk melarang seseorang dari mentaati Allah Subhanahu wa Taala dan Rasul-Nya.
Perhatikanlah dan renunglah sejenak. Akibat dari kealpaan kita kepada tuntutan dakwah, banyak permasalahan sosial yang dihadapi. Statistik bayi yang dibuang semakin meningkat, statistik bayi yang baru lahir tanpa butiran bapa semakin bertambah, kes-kes sumbang mahram semakin berleluasa dan bermacam lagi permasalahan lain yang tidak disenaraikan, yang kita semua tahu kewujudannya. Maka, tidakkah itu semua memanggil kita untuk menghayati semula kehidupan Islam yang syumul?
Kembali kepada kehidupan Islam bukanlah perkara yang berlaku secara tiba-tiba melainkan ianya memerlukan pengorbanan. Memenuhi tuntutan kewajipan yang disebut di atas juga memerlukan pengorbanan. Bagi seorang wanita, sedarlah bahawa pengorbanan yang dituntut dari seorang wanita itu bukan hanya mencakup tugas sebagai pendidik kepada
anak-anak dan pengatur rumah tangga malah tugas dan tanggungjawab dakwah juga dituntut dari setiap Muslimah.
Wahai Muslimah,
Bangkitlah untuk berjuang menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Hayatilah pengorbanan yang telah dilakukan oleh empat wanita Islam yang agung, yang mana hasil pengorbanan mereka kita dapat mengecap nikmat Islam hari ini. Mereka itulah yang disebut dalam satu hadis Rasulullah di mana diriwayatkan pada suatu hari Baginda membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: "Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?" Sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda pun bersabda: "Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyahm puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan FatimahBinti Muhammad."
Inilah ibu, para wanita yang kita sanjung-sanjungi. Perjuangan mereka dicatit dan diingati sehingga hari Kiamat. Mereka patut dicontohi sebagai tauladan kepada seluruh Muslimah terutamanya untuk ibu ibu yang ingin mendapat kejayaan seperti yang mereka perolehi di Akhirat. Ingatlah bahawa janji Allah itu benar, Allah akan menolong hambanya
yang menolong agama Allah. Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah,
nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" [TMQ Muhammad
(47):7].
Tuesday, January 13, 2009
Ratuhati @ zoo negara
Rakan2 lain yg pergi gathering Ratuhati dah lama masukkan n3 ni..sy ni dh dkt sebulan baru nk masukkan. Bkn apa, baru uploud gmbar dr kamera, asyik tertunda je dek kesibukan melayan si kecik..
Ratuhati ni forum keibubapaan yg menyediakan pelbagai info disamping berkongsi pengalaman dgn para ibu. Seingat sy, sy join forum bln6 thn lepas tp jarang sgt dpt participate ms tu sbb tgh sarat dan sering sgt kepenatan. Insyaallah, lepas ni jd 'forumer' yg lebih aktif.
Ratuhati ni forum keibubapaan yg menyediakan pelbagai info disamping berkongsi pengalaman dgn para ibu. Seingat sy, sy join forum bln6 thn lepas tp jarang sgt dpt participate ms tu sbb tgh sarat dan sering sgt kepenatan. Insyaallah, lepas ni jd 'forumer' yg lebih aktif.
Ni gambar mommies yg pergi gathering ratuhati tu. Gambar bwh sebelah kiri tu..hehe, terselit abah ngan ibu amjad.
Ni gambar Amjad yg dah moody, g jalan2 kt zoo ngan abah dan pak sunya. Tinggal ibu and the geng kt pondok..
Abah dan ibu amjad..
By the way, nak ucapkan terima kasih byk2 kat Kak Ummi @ kak asniza tuan punya rumah ratuhati yg anjurkan program gathering ni. Boleh juga kenal lebih rapat ibu2 yg lain. Dapat gak info mengenai cara penggunaan pouch sling dr kak shais. Rasanya kena belila..dh sakit pinggang nak dukung Amjad kena tanya bankers dulula..
Terima kasih gak kat della bg tumpang dok kt tikar della..hehe, terima kasih kt sya yg tegur sy, terima kasih kt Pu3@natasha atas keramahannya..
Apapun seronok dapat kenal semua. Moga Ratuhati boleh anjurkan pelbagai aktiviti lagi..
Sunday, January 11, 2009
Orang gas..??
Saturday, January 10, 2009
Makanan Pejal untuk Bayi
Introducing Solid Food
When your baby is about six months old you should begin introducing solid food into her diet. When she was younger, all your baby's caloric and nutritional needs were met by breast milk or formula and her digestive system was too immature to handle solid foods. However, around this age babies' iron requirements increase and surpass that which breast milk or formula alone can provide and many babies become developmentally ready to start solid foods. You'll know your baby is ready when she shows an interest in adult food (she may watch you intently while you eat and try to reach for some of what you have), sits well while supported, holds her head steady, and has lost the "extrusion reflex," which causes her to push food out of her mouth.

Boleh baca selanjutnya kat sini
When your baby is about six months old you should begin introducing solid food into her diet. When she was younger, all your baby's caloric and nutritional needs were met by breast milk or formula and her digestive system was too immature to handle solid foods. However, around this age babies' iron requirements increase and surpass that which breast milk or formula alone can provide and many babies become developmentally ready to start solid foods. You'll know your baby is ready when she shows an interest in adult food (she may watch you intently while you eat and try to reach for some of what you have), sits well while supported, holds her head steady, and has lost the "extrusion reflex," which causes her to push food out of her mouth.


Boleh baca selanjutnya kat sini
Subscribe to:
Posts (Atom)

