Monday, December 15, 2008

Kete kemek..



Nila kete ma yg kena 'cium' kat bumper..hari ni dah pergi baiki. Nak tunggu insurans lambat sgt, jadi melayangla RM650.


Ni pula Vios yg cium bumper Kenari..respect betulla. Tak kemek pun dia, cuma calar sikit kat nombor plat.



Ni Wira atau 'jaguh jalan raya' yg telah 'menyondol' Vios sekaligus Kenari..terus kena tarik dengan lori tunda.

Apapun..syukurla, takde kemalangan jiwa. Kesimpulannya, berhati2lah di jalanraya. Ingat orang yang tersayang. Kemalangan bukan saja melibatkan diri kita seorang, tapi orang lain jugak yang mungkin tak bersalah.

I'm home..flight+accident

Alhamdulillah..selamat gak sampai rumah. Balik kg kali ni byk pulak dugaannya. Balik ke kelantan kali ni naik flight, first time bawa Amjad naik flight ni. Flight berlepas pukul 9.30mlm, sebelum tu solat Isyak dan susukan Amjad dlm pukul 8 lebih. Dalam dok menunggu nak naik flight, Amjad dah mula meragam. Nak g susukan lagi..kang diorng panggil masuk lak. Pujuk2..pastu ok. Tapi, bila je flight nak berlepas..Amjad nangis sekuatnya..merah mukanyaohnoes..Pujuk2 tak juga diam..nasib baik suami pandai pujuk..tunjukkan lampu,barula diam. Dah diam barula dia nak nyusu balik. Then, terus tido. Hmm, yg best nak flight ni. Belum apa2..dah sampai pun, 55 mint je..takde la penat. Amjad terus je tido sampai esok pagi...Angel.
Semalam balik Shah Alam dalam pukul 12.00tghari. Kereta banyak gak..ingatkan takde la byk kereta. Rupanya ada gak yg cuti lepas raya cam saya..StickingOutTongue , hujan pulak..jadi bawak kete slow je. Hmm..pergi ngan flight, balik naik kete..(bawa kete ma sebenarnya). Saya dok depan ribakan Amjad..sambil susukan Amjad, saya pun terlelap sama.Perjalanan kdg2 tergendala bila ada pemandu yg bw lori, biasala merayap cam siput je. Keadaan hujan dan kereta yg banyak memang menakutkan sebenarnya. Bila kita yg hati2 tp org lain pulak tidak berhati2 dan bawa kereta macam dia sorang je kat jalanraya memang menyusahkan orang lain je. Hmm..tula yg terjadi bila org dah sondol belakang kereta sy semlm. Amjad menangis dgn kuat..terkejut gak saya kot apa2 jd kt dia, alhamdulillah takde apa2..dia terkejut jeGasp. Kereta saya depan sekali..suami saya bila tiba je kena break,dia mmg akan ketepi sedikit, jadi takdela terkena kereta depan. Jadi petang smlm..3 buah kereta tersadai tepi jln. Kereta Wira yg belakang sekali tu tak brek pun agaknya, teruk dia langgar belakang Vios, vios tu lak langgar kereta saya. Kereta Wira mmg tak dpt gerak pun..hancur teruk depannya. Tak pasal2, kena g balai kt Bentong tu buat laporan. Perjalanan balik sepatutnya dlm 7 jam jd 10 jam, sampai rumah je..suami saya tersadai penat. Namun syukurla..semuanya selamat. Gambar nanti saya upload kemudian ye..

Tuesday, December 9, 2008

balik...

:bye:
Semalam baru balik dari kampung kt Banting. Lepas semayang raya pergi Melaka,adik ipar bertunang.Balik dari sana..tuhan sajela yg tahu..jam teruk.Bayangkanlah bertolak dari Melaka pukul 5.30ptg..sampai rumah dalam pukul 11.00mlm. Penat betul.
Esok mlm..fly balik Kelantan lak..mm..rindu kat nenek. Cutila kejap menulis..hari Ahad baru balik S.Alam. Jumpa lagi nanti kawan2..

Friday, December 5, 2008

Lagi toybox??

Ina Cikgu Zam kak tirana

Ni toy baru untuk kawan baru saya. Budak perempuan comel tu untuk lina dan buku tu untuk cikgu zam..sesuai dgn kerjayanya sebagai guru. Rak buku tu untuk kak tirana.Hari tu dalam toybox dah ada link kak tirana tp nak tukarla toynye..hehe,yg ini lg sesuai untuk kak tirana.Setiap toy tu saya dah link-kan pada blog masing2. Moga ukhwah bertambah rapat..
Lagi satu perkara, benda2 comel ni saya dapat dari blog kawaii shuushuu, kat blog ni ada byk lagi link untuk dapatkan pixel, icon, sozai yg kawaii ni. Contohnya cherryberry, choco choco byk lagila. Saya kena bagi credit kt diorg sbb term n rulesnya kalau guna pixel diorg. Hehe..harap2 halal. Takut bab halal haram ni, nampak je kecik tp nanti kt akhirat kita taktau. Hmm..ceramah pulak....nantila cerita pasal ni.
Apapun harap kawan2 sudi terima..

Kad raya..

Hari ni dh 7 Zulhijjah, tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidiladha. Rasanya..hari ni dan esok ramai yg balik kampung. Ingatkan dapat raya kat kampung..tapi suami tak dapat cuti pulak. Balik jugak..tp lambat sikit. Raya pertama..insyaallah, pergi Melaka..adik ipar bertunang. Selasa,Rabu suami kerja..Khamis baru dpt balik Kelantan.
Buat semua, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. Moga segala pergorbanan kita dihiasi dgn keikhlasan dan diredhai oleh ALLAH. Kad raya diatas saya tujukan buat semua kawan2 yg dikasihi. Kad raya di bwh sy terima dr ayom. Terima kasih yom..Smile

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...