Tuesday, August 25, 2009

Balik kampung

Saya balik kampung 4 hari.
Segala email / msg saya akan balas selepas saya balik dari kampung.
Harap maklum ^^

Wednesday, August 19, 2009

Jangan jeles ^^

Alhamdulillah, walau skrg ni di uji dgn suami yg tak sihat, ada juga perkara2 yg mengembirakan.
Semalam saya terima bungkusan barang2 yg saya beli secara online dan hari ni saya terima lagi bungkusan dari US.

Kat bawah ni barang2 yg saya terima semalam. Nota jahitan yang saya order dari Azima kt WMC, T-shirt Hilyah untuk makcik dan yg best gak dpt pencil case dari kak shais. Ni sebab saya menang kira label bigeyesshop kepunyaannya :pandacloud_26:. Tengok pencil case 'stroberi' tu..yummy2, hihi ^^
Yang ni paling bestt..:pandacloud_27:
Ni barang2 yang ada dlm bungkusan dari US. Hadiah yang saya menang giveaway dari spinningspool-shoppe .
Terima kasih banyak-banyak kak lin^^.
Kain2 tu nanti saya nak buat something dan buat giveaway pulak ye..tungguuu :pandacloud_19:
Ada sesiapa ada idea atau teringin kain tu dibuat apa tak??

Alhamdulillah, ni pulak rezeki Amjad. Kaklin poskan sekali hadiah untuk Amjad, sepasang baju. Hihi..boleh Amjad pakai hari raya nanti.


Dalam kesibukan menjaga Amjad dan abah yg tak sihat. Saya sempat juga siapkan 2 tempahan.
Satu album untuk anak kak raihan dan satu lagi diaper bag utk CPM Honey Nuhaliza.
Jenguk-jenguklah sweetlilcraftshop ye ^^



Damia Messenger Diaper Bag - Hello Kitty




Alhamdulillah, satu diaper bag untuk Damia puteri kepada CPM Honey Nurhaliza siap jugak :pandacloud_16: .
Harap sangat ia memuaskan hati CPM kita.
Mungkin ada sedikit kekurangan. Harap dpt diperbaiki lain kali.

Saiz beg = 12" x 14"
Panjang tali = 35"
3 poket di dalam
2 poket di luar

note : next time, kena letak interfacing yg lebih keras utk buat beg lebih tegap..

Tuesday, August 18, 2009

Waiting List

August
Handbag paes
Hanny-Messenger Diaper Bag - DONE :pandacloud_14:
Izalin - Zipper tote bag (Mickey Mouse - poket boleh muat botol susu) DONE
Hana - Zipper tote bag (fabric no. us8) & purse (fabric no.us2) I love this tote bag :07:


September
Bit - 2 Coin purse (fab no.us4 & us8)
Kak Ain - Pencil box (sulam nama NURAIN+bunga) (fabric no.5 )
Ainul - Pencil box (sulam nama AINUL+button+ribbon) (fabric...)
Yah - Pencil box pattern A (fab.no. us6) + love keychain "Syaza"
Amy Dyana - Tote bag (fabric no.us7)

October
Diana - Handbag (fab no.us1 - size 36 x 21 cm)
Hanny - Diaper bag
Hanis Husna - Fabric Handbag (fab no. us7)
Yanti - Diapers bag,Boxy pouch

November
Ayai - Pencil box (fab no.us2 + ribbon & sulam nama-new pattern)
Adila - Aksesori dalam kereta ^^

Disember

Maisarah - 20 keychains (deposit paid-RM40)
Lili - Diapers Messenger Bag (fab no.2-pooh)
Wan Nurul - Felt Fridge magnet & Tote bag (fab.us1)
Deqna - Pencil box and coin purse (fab no.18)

Januari
aja - purse (fab us1)pencil box (fab us4)
Mamafami - pencil box
Intan - zipper tote bag-3 poket bergetah, saiz: 14tinggi x 11lebar & purse (fab. us 3) deposit paid (RM50)
Mom's colleague - tote bag, pencil box & handphone pouch
Gg - diapers bag



Ini hanyalah senarai dan waktu dijangka siap. Sebarang perubahan akan diberitahu kelak. Terima kasih :pandacloud_01:

Last update: 03/12/2009

Monday, August 17, 2009

Alahai chicken poxxx...

Saya ambik sedikit kesempatan utk post n3.
Amjad tgh main, semua brg dia 'kemas' :003:..hihi.
Termasuk hari ni dah 4 hari suami demam, kena chicken pox..
Hihi..nak wat cam ner, dah besar baru nak kena :022: .Jadi kena kuarantin dlm bilik tamu. Langsung tak boleh pegang Amjad.
Saya lah kena jaga Amjad 24 jam. Masak pun sambil dukung..nak menjahit pun, kekadang duduk atas riba. Jadi memang takboleh nak menjahit. Kesian juga Amjad, nampak je abahnya dia berkejar nk pergi dekat. Abah pulak, lari masuk bilik.
Dua-dua kesian..Abah rindu anak, Amjad pun rindu abahnya. Ada sekali tu, dia ambik HP..angkat letak kat telinga terus cakap "abah, abah!!" Ayoo..
Saya memang penatlah sikit. Tidur agak lewat sebab nk siapkan beg tempahan. Nak mula menjahit pun nak kena tunggu si kecik tu tidur. Dia pulak kalau tak pukul 11-12, susah betul nak tidur. Layan jela..:019:. Rumah pun kelam kabut..

Cerita pasal abah Amjad pulak. Hari Khamis tu dah rasa penat semcm je, rasa mcm nak demam.
Jumaat kena pulak hujan panas, balik rumah muncullah biji2 berair. Sahla kena chicken pox.
Abah ni, demam ke tak ke selamba je di pergi beli suratkhabar dgn muka berbintik2 tu. Hihi..
Tapi hari ni dah penuh satu badan, takdela keluar rumah lagi. Doc ckp kalau demam tu maknanya biji2 merah tu nak keluar lagi. Hari ni dah tak demam jadi dah tak keluar lagi biji2 tu,tunggu kering jela.
Saya telefon makcik kt kampung tlg carikan daun semanbu/bambu. Daun ni saya alaskan tempat tidur dia (letak bawah cadar..jgn tidur terus atas daun) dan buat ubat sapu (blend dgn beras campur air). Memang berkesanlah daun ni. Suami tidur takde lagi rasa gatal2 merenyam.
Harap2 cepatlah sembuh, mintak jauh janganlah Amjad berjangkit. Lagipun belum suntik imunisani utk demam campak.
Lagipun, tinggal beberapa hari lagi nak sambut Ramadhan.
Abah tentu sekali nak pergi terawih. Sekarang ni jadi ulat buku, memang rehat betul. Oklah tu, lari kejap dari kesibukan kerja.

Pada semua..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Semoga kita semua dapat ambik kesempatan beribadah di bulan yang penuh berkah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...