Tuesday, December 9, 2008

balik...

:bye:
Semalam baru balik dari kampung kt Banting. Lepas semayang raya pergi Melaka,adik ipar bertunang.Balik dari sana..tuhan sajela yg tahu..jam teruk.Bayangkanlah bertolak dari Melaka pukul 5.30ptg..sampai rumah dalam pukul 11.00mlm. Penat betul.
Esok mlm..fly balik Kelantan lak..mm..rindu kat nenek. Cutila kejap menulis..hari Ahad baru balik S.Alam. Jumpa lagi nanti kawan2..

Friday, December 5, 2008

Lagi toybox??

Ina Cikgu Zam kak tirana

Ni toy baru untuk kawan baru saya. Budak perempuan comel tu untuk lina dan buku tu untuk cikgu zam..sesuai dgn kerjayanya sebagai guru. Rak buku tu untuk kak tirana.Hari tu dalam toybox dah ada link kak tirana tp nak tukarla toynye..hehe,yg ini lg sesuai untuk kak tirana.Setiap toy tu saya dah link-kan pada blog masing2. Moga ukhwah bertambah rapat..
Lagi satu perkara, benda2 comel ni saya dapat dari blog kawaii shuushuu, kat blog ni ada byk lagi link untuk dapatkan pixel, icon, sozai yg kawaii ni. Contohnya cherryberry, choco choco byk lagila. Saya kena bagi credit kt diorg sbb term n rulesnya kalau guna pixel diorg. Hehe..harap2 halal. Takut bab halal haram ni, nampak je kecik tp nanti kt akhirat kita taktau. Hmm..ceramah pulak....nantila cerita pasal ni.
Apapun harap kawan2 sudi terima..

Kad raya..

Hari ni dh 7 Zulhijjah, tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidiladha. Rasanya..hari ni dan esok ramai yg balik kampung. Ingatkan dapat raya kat kampung..tapi suami tak dapat cuti pulak. Balik jugak..tp lambat sikit. Raya pertama..insyaallah, pergi Melaka..adik ipar bertunang. Selasa,Rabu suami kerja..Khamis baru dpt balik Kelantan.
Buat semua, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA. Moga segala pergorbanan kita dihiasi dgn keikhlasan dan diredhai oleh ALLAH. Kad raya diatas saya tujukan buat semua kawan2 yg dikasihi. Kad raya di bwh sy terima dr ayom. Terima kasih yom..Smile

Thursday, December 4, 2008

ALLAH sembunyikan..

Allah sembunyikan 6 perkara dlm 6 perkara:
  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Ini adalah kiriman dari seorang adik sedang belajar di Mesir, moga pelajarannya bertambah maju.

Wednesday, December 3, 2008

Ujian Allah..



Setiap manusia pasti akan diduga sejauh mana dan sekuat mana imannya. Ujian dan dugaan itu adalah sementara saja. Tapi ia datang dalam bentuk yang berbeza. Mungkin hari ini kita diuji dengan harta. Esok kita diuji dengan keluarga. Setelah berjaya melalui ujian itu, kita mungkin diuji dengan kesihatan. Yang mana semuanya ini adalah kifarat dosa-dosa kita yang lalu. Moga kita semua tergolong dalam hamba-hambaNya yang sabar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...