Saturday, October 18, 2008

Jom Shopping..

:vacation1:
Jom shopping kat stadium..

Tempat:
Stadium Malawati Shah Alam

Masa:
23-25 Okt (10am-7.30pm)
26-27 Okt (10am-7.00pm)

Saya postkan yang ni je sbb insyaallah nak pergi..dekat je ngan umah. Sesapa yang nak maklumat lanjut atau nak tau sale yg lain, bolelah klik kat sini. Selamat bershopping tapi berpada-pada ye..
:naikmoto:


Wednesday, October 8, 2008

BuAt SaHaBat..

@kakros01 Apabila kau ingin berteman janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya..
Apabila kau ingin berteman jgnlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dgn satu keburukan kau akan membencinya...
Andai kau ingin sahabat yang satu jgnlah kerana ilmunya, kerana apabila ia buntu kau mungkin akan memfitnahnya...
Andai kau ingin seorang teman jgnlah kerana sifat cerianya, kerana andai ia tidak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahkannya...
Andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya, kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa..
Jgn diharapkan sempurna kerana kau juga tidak sempurna, tiada yang biasa-biasa menjadi suatu yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah, bersahabatlah kerana aqidah Islam, bersahabatlah kerana kita saudara fillah.

@kakros01Sahabatku…Ku doakan dikau menjadi golongan yang MUTTAQIN, yang setiap detik bibir basah dengan nama ALLAH, hati jernih mengagung ILAHI, jiwa rindu bertemu RABBI, hidup dan mati dalam HABBATUL yang HAKIKI…

Renungan Bersama......

:reading:Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:" Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

:reading:Rasulullah saw bersabda: 'Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.' (Sahih Muslim Hadis No: 1164)

BaRu BaliK..


:mRempit:Semalam baru sampai umah dr kg..bertolak dari kg kul 10pg, sampai Karak hujan punyela LEBAT. Aku dok blkg ngan Amjad..dalam dok dodoikan Amjad tido, aku pon terlelap sama:sleep:. Tetiba je rasa cam badan bergerak kekiri kekanan..terjerit gak..:mNo:

"Abg elak apa?!"..
"Takla..jalan licin! Hampir terbabas..cam org taruk minyak je"
"Slowla skit bang. Nasib baik takde apa2"
"Dah slow dah. Alhamdulillah..hahh..berderau gak darah abg.":mPeluh:

Hish3, syukur sgt..masa tu kete dok line tgh..nasib baik takde kete kat kiri kanan. Kalau tak apala jadinye dalam hujan lebat tu. SYUKUR..

Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Ramadhan semakin meninggalkan kita..hari kemenangan kian menjelma. Semoga Ramadhan yang penuh berkah ini kita temui lagi pada tahun hadapan.

Sempena hari kemenangan yg bakal menjelma, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua. Kad raya ni ditujukan pada kawan2 saya dan pengunjung yg sentiasa sudi bertandang di blog ini.

Di sini juga saya ingin memohon jutaan kemaafan pada semua jika ada tersilap kata, tersalah bicara atau tulisan yg menyinggung perasaan..harap semua dimaafkan. Semoga ikatan ukhwah ini akan bertambah erat dan berkekalan selamanya. Pada kawan2 (nama dibawah), silalah copy n paste kad raya dan gantung kat blog masing2 ye..

MaRiA
IrniE
AyOng
TirAna
ReEna
IzAh a.k.a ChokiLala
SuE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...