Thursday, September 18, 2008

Balik Kampung..

Hujung minggu baru2 ni balik kampung kejap kat kelantan..tgk nenek tak sihat. Bertolak lepas subuh hari Jumaat.Sampai dalam pukul 1 lebih. Sampai2 je..anak2 sedara (anak abang), berkerumun dok dekat Amjad..hehe, dah lama diorang nak tgk baby..datang tgk masa pantang je. Dlm kete takde lak dia meragam, tapi sampai je Amjad nangis..kat umah nenek tu panas skit, biasala umah kampung, takde siling...Puas dodoi..last2 pakai lampin je, baru dia senyap. Kesian dia baru sebulan lebih dah kena jalan jauh2
Petang tu kitaorg buka puasa kat umah papa. Sampai je aku pusing2 kt pasar ramadhan. Dah lama teringin nak makan kuih kelantan..sakan gakla beli kuih ngan lauk.Tapi berbaloi..murah dan sedap.
Esoknye berbuka kat umah nenek lak..biasala, dok jauh ni bila balik kena bahagi2kan masa tuk famili.Lepas Subuh je hari Ahad tu terus balik S.Alam..dlm kete Amjad meragam skit..agaknya tak sedap badan.Kitaorg pergi dan balik ikut Simpang Pulai,lalu Cameron Highland..risau gak kot telinga Amjad sakit. Kita pun bole rasa berdengung..jadi, sepjg kt atas tu sebolehnya susukan dia je.

Ni kat dalam kete..baik je dok kat car seatnye.

Opah Amjad, dah kurus dah..

Sempat gak snap dari dalam kete..ni dah nak kuar dari Cameron.

Tengokla..sepupu-sepupunye.


Thursday, September 4, 2008

PeTua BykkAn Susu..

Atas permintaan della dan nk share ngan kekwn2..Ini mengikut sedikit pengalaman yg ada dan melalui pembacaan.
Mulanya risau takut susu berkurangan coz kita berpuasa. Ada yg pesan jgn puasa dulu. Tapi, nekad nak puasa gak. Alhamdulillah, hari ke4 puasa ni susu makin byk..harap berterusanla. Ok, petuanya..


1. Doa..moga diperbanyakkan susu walau berpuasa kerana Allah. Moga dpt tunai tanggungjawab dan bagi hak nyusu pada amanah Allah si kecil kita tu.

2. Makan kurma byk2. Sy berbuka dengan 3 biji kurma dgn niat bykkan susu. Sahur pun makan kurma lagi. Lagi byk lagi bagus.

3. Sy ambik pil asi..masa berbuka, sebelum tido dan masa sahur.

4. Sy minum jus kismis As-syifa'. 2 sudu besar ms sahur dan 2 sudu besar sblm tido.

5. Minum air suam byk2. At least dpt 8 liter. Kekdg minum jus kurma utk tenaga.

6. Sayur sawi ngan lobak putih.

7. Jgn stress, pengalaman stress ms pantang mmg buat susu kuar skit je. Sy pn ambik petua della dulu..buat hipotesis..

8. Bila susu penuh, sy perah.. jd, susu baru akan keluar. Kt pun ada spare susu, kot bdn dh tak larat sgt.

9. Yg penting gak, bb kena sentiasa isap jd dia akn stimulate pengeluaran susu.


Mcm Amjad, dia kuat nyusu..paling lama 1/2 jam skali isap. Pastu kerap, kekdg selang 1jam, kekdg selang 2 jam. Badan kita penatla skit. Jadi sy ambik multivitamin. Kurma tu pun penambah tenaga.

Insyaallah diperbykkan susu olehNya..kita berusaha setakat mampu. Semoga kekwn dpt tunai hak pada si kecil dgn jayanya..chayo!

Wednesday, September 3, 2008

Dalam Kerinduan..

Hari ni dah masuk hari yg ke-3 puasa. PENAT rasanye hari ni coz semlm Amjad meragam..jd tido pun kejap sgt. Lepas tu dia nyusu..bdn ibunye terasa lagi penat.

Bila tiba bln pose camni..RINDU kt kg. Nak makan kuih kelantan..ptg td suami belila gak kuih butir nangka, lompat tikam ngan onde2. Tapi dah tak berapa elok, dah nak masam dah. Tu ingat petang esok nak buat sendirila, lg puas hati.

Ntahla..dlm kepenatan hari ni, tetiba rasa sendu. Teringat suasana berbuka puasa bersama arwah mama, arwah ayah (atuk), ngan mak (nenek), papa dan adik2 kt rumah mak kat kg. Skrg rumah pusaka tu dah disewakan. Hmm..mcm2 berselirat dalam hati. RINDU dan SEDIH..
Segalanya takkan kembali macam dulu lagi. Masa dah berubah..
Hemm..sekarang dah ada suami tercinta dan Amjad buah hati ibu. Kalianlah pengubat hati..I love both of u very much.

Tuesday, September 2, 2008

Dah abis pantang..

Hari ni dah 4 hari abis pantang..alhamdullilah, dpt gak puasa. Syukur juga susu keluar dgn byknye walau siang hari tak makan..dapatla 'my prince' minum sepuas-puasnye .
Hari ni tak masakla,buat agar2 je..hehe. Yang lain semua beli..bkn apa dah takde idea nak masak apa. Karang masak tuk sahur jela.

Mmm..cuti ari tu balik kg kat kanchong darat. Balik pada hari sabtu, malam tu first time tido kampung suami takde. Dia kena g kawad merdeka kt dataran shah alam..hemm..tak best betul, malam tu my lilttle Amjad ngamuk je, agaknya tempat baru, dah tu abah dia takde lak . Meragam je..nasib baik wan anjangnye ada..wannye la yg melayan dia sampai tgh mlm. Hemm..kalau balik kg, bestnye ramai yg melayan Amjad..wan usu ada,wan cik ada, cik adah,mm ramai lagila. Bolela ibu rest skit.. hehe..


Selamat Berpuasa

Glitter Words


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...