Wednesday, June 30, 2010

MyBotang's Giveaway


Saya join giveaway lagi.. ^_^.


Sambil tolong war2 kan giveaway kawan, kalau ada rezeki boleh menang.


Suka jenguk blog Sue sebab byk bg inspirasi tentang jahitan, kraf dan paling utama dapat tgk kain cantik2. Tak dpt beli, tgk pun jadilah ^_^. Sue ni duduk kat Kyoto, Jepun..so no wonder she can get beautiful fabrics.


Sue ada 2 set kain utk giveaway. 1 set ada 1/2 yard. Salah satu kainnya yg kt atas tu. Cantik sgttt!!Bestnya kalau menang.. ^_^.


Jadi, sesiapa nk join klik kat sini ye . Good luck everyone, wish me luck too ^_^.


Tuesday, June 29, 2010

Maya's Birthday Giveaway


25 Jun adalah hari istimewa untuk Maya. Hari dia dilahirkan ke dunia ^_^. Kekadang mngkin kita boleh tukar, hari kita lahir bagi hadiah kat ibu yang melahirkan kita pulak..kan? Sebagai perhargaan dan kasih sayang buat ibu. Tapi sy dah tak dapat buat begitu..hanya sedekah al-fatihah buat mama.


Jauh dah pergi^^..untuk Maya, SELAMAT HARI LAHIR. Moga sentiasa dalam lindungan NYA dan bertambah kreatif ^_^.


Sempena hari lahirnya, Maya berbesar hati ingin memberi hadiah buat kawan2. Sesiapa yang berminat boleh jenguk ke Zon Maya ^_^.

Monday, June 28, 2010

Bees in a Floral Garden Shoulder Bag

Beg ni ditempah oleh Shafinaz mengunakan pattern C1 dan kain Heidi Grace Flower & Bee. Beg ni taklah susah sangat tp untuk sampai pada bahagian binding tali tu susahlah sikit dan kena hati-hati sebab takut tak kemas.




 Ini view bila buka bahagian tepi (gusset), kiranya 2 dalam satu gaklah.






Gusset ni boleh dibuka atau tutup, tutup lebih selamat supaya barang2 dalam beg tak jatuh. Closure, saya guna magnetic snap button.

Ok, see you next time ^_^. Penatlah hari ni, tak sedap perut.

Thursday, June 24, 2010

My Sketch

Dah lama saya tak melukis. Hari ni tiba-tiba gian nak melukis. Kalau ikutkan zaman sekolah dulu, saya suka melukis, mewarna. Selalunya saya akan dipilih untuk masuk pertandingan. Tapi sayangnya, bakat tak diasah mengikut jalan yg betul jadi terpendam begitu saja.

Saya sebenarnya tengah mencuba untuk menukar header baru. Bukan yg lama tak cantik tapi saya nak letak besar kat atas tapi tak boleh nak resize yg asal jadi besar. Bila resize jadi besar gambar jadi tak jelas dan tak cantik. Jadi saya cuba buat sendirilah. Tapi dari dulu saya memang allergic dengan watercolor jadi saya sekadar buat lakaran biasa je. Bukan allergic apa, sbnrnya takut tak jadi. Mungkin satu hari kena cuba juga guna watercolor.


Ni header lama. Kak Emila yg buat. Tentulah cantik. Orangnya dah memang pakar dalam bidang ni ^^.


Salah satunya gambar lampu ni. Gambar ni biasa je. Budak sekolah pun boleh lukis..hihi. Saje je sebab nak simple je.

Saya cuba lukis burung pulak. Susah jugak bila dah lama tak melukis ni. Tak begitu sempurna, masih kaku. Tapi memadailah buat masa sekarang ^^. Nanti nak edit jadi header pulak.

Monday, June 21, 2010

Pre-order For Colored Zapped-on and Printed Ric Rac

Semua barang dibawah adalah utk pre-order. Barang akan sampai dalam minggu pertama bulan Julai 2010. Deposit sebanyak 50% dan bakinya apabila barang dah sampai. Saya akan pos secepat mungkin setelah barang sampai dan menerima bayaran penuh.



Colored Zapped on/Colored fasteners.



Sesuaikan warna hasil kraftangan anda dgn warna zapped on atau fastener yg sepadan.


Color available:

  1. Blue-1 sold, available 3 packs

  2. Pink - 4 packs

  3. Red-1 sold, available 3 packs

  4. Green - 4 packs

  5. Beige - 4 packs


Size: 3/4 inches (1.9 cm) x 24" long

Price: RM 5.80 - 1 pack ( contain=24" long/1 yard)

Printed Ric Rac.


Sesuai utk hiasan pada baju, tudung, felt craft,  scrapbooking atau apa saja bergantung pada kreativiti anda.


Size: 1/2" (12.7mm)

Available: 6 yards for each print

Price: RM2.50 - 1 yard, Buy more than 3 yards got RM2.30 for each yard.

Color:

R1 - White dot blue, light blue & black : sold 5 yards - available 1 yard
R2 - Yellow dot light green, pink & orange : sold 5 yards - available 1 yard
R3 - White dot black : sold 3 yards - available 3 yard
R4 - Light Pink dot blue, red & pink : sold 5 yards - available 1 yard
R5 - Red dot white : sold 5 yards - available 1 yard
R6 - Purple dot blue, light blue & yellow : sold 5 yards - available 1 yard
R7 - White dot red & pink : sold 5 yards - available 1 yard
R8 - Light green dot pink & white : sold 5 yards - available 1 yard
R9 - White dot green: sold 5 yards - available 1 yard
R10 - White dot purple : sold all
R11 - White dot pink, light blue & yellow : sold all

Sesiapa yang berminat boleh email saya di sweetlilcraftshop[at]gmail.com




Tote Bag Mia


Tote bag ni ditempah oleh Nora menggunakan pattern B1. Kain yang saya gunakan ialah Sue in Line, 100% Japanese cotton, sy beli 1/2 meter je..memang tak cukup kainnya jadi saya guna kain jalur biru yg sepadan. Ini kali pertama buat beg ni, tak sangka beg ni besar jugak rupanya. Tapi saya suka ^^. Saiznya: 2o" lebar x 16.5" tinggi x 6" luas tapak. Memang besar, sesuai dijadikan diaper bags atau picnic bag. Bezanya kalau diapers bag boleh tambah poket bergetah di dalam. Picnic bag tambah poket biasa jela.


Pandangan beg bahagian tepi.


Ni hiasan beg. Saya guna felt utk nama Mia dan Sue bonnet.

Harap nora dan mia suka ^_^


Wednesday, June 16, 2010

Tears of Midnight Butterflies

Rama-rama malam. Ini bag utk Cikgu Adriana. Saiz 11" tinggi x 8" lebar, mengikut saiz yang diminta olehnya. Saya guna 100% kain cotton us. Tak banyak pun kainnya, saya cuma beli fat quarter dari The Quilter's Bag.


 Ini bahagian depan. Gambar tak berapa jelas sbb cuaca hari tu mendung sikit. Bahagian depan saya cantum serong dan ada 2 ekor rama-rama.

Ini bahagian belakang. Bahagian ni pulak saya cantum melintang selari. Sebenarnya, nak letak yg mana bahagian depan atau belakang tak jadi masalah.


Akhir sekali, key chain rama-rama yg saya kait sendiri ^_^. Tapi saya terlupa nak jahit label Sweetlilcraft :( . Kenapa saya namakan Tears of Midnight Butterfly? Mana air matanya? Hihi..ni bukan air mata butterfly tp air mata org yg menjahitnya sbb jahit sambil menangis. (Org nangis masa kupas bawang kita nangis masa menjahit) Huhu..kenapa menangis? Biarlah rahsia..hahaha ^_^

Tuesday, June 15, 2010

Sales and Giveaway


Buat pertama kalinnya,  Pondokcraft menganjurkan giveaway. Dalam masa yg sama Pondokcraft mengadakan JUNE 2010 SALES. Ada banyak kain yg cantik2 dan dijual dgn harga yang berpatutan, rugi tak beli. Huhu..ingat nak beli gak tapi budget takde lagi. Kalau menang giveaway, bagus gak ^_^.


Sales dan giveaway ini akan berakhir pada 30 June ni. Sesiapa berminat bolehlah singgah kat Pondokcraft.


Kampungku

Semalam baru balik dari kampung. Alhamdulillah, takdelah penat macam hari tu. Tapi gambar kwn2 kahwin semua tak dapat nak ambik sebab tertinggal kamera. Pastu bateri hp pulak kong, takde rezekilah ambik gambar kwn2.

Gambar2 kat bawah ni sy ambik masa balik minggu lepas. Hari tu janji nak ambik gambar mesin jahit klasik nenek saya kan? Hehe..nilah dia, ni kayuh punya. Laci dah tinggal satu, papan sebelah kirinya dah patah. Agaknya dah berpuluh thn dah usianya. Mesin ni kekadang elok, kekadang tak elok, biasalah kalau dah tua. Arwah mama punya pun mesin jahit mcm ni tapi lebih barulah. Agaknya boleh convert guna eletrik tak? Sayang mesin jahit mama tu. Tapi, saya nak guna pun saya dah ada 2 mesin jahit yg sama fungsi.  Hmm..apa nak buat ye?

classic sewing machine



Ni my little one ^^. Bulan depan genap 2 tahun. Sepatutnya juga dah boleh berhenti breastfeed. Sekarang pun dah kurang BF kecuali masa nak tidur. Tapi, yang risaunya susu botol dia tak nak. Makan nasi pun kurang, yg dia suka makan mee dan sup. Aktif tetap aktif, badan pun dah susut.

Mulut dah bukan main bising bila dia tanya kita lambat jawab. Nak list apa yg dia dah pandai, byk sgt. Lain kalilah ^_^. Nila sebab dah jarang update pasal si kecik ni. Rasanya saya perlu jot down dalam diari kecik psl Amjad. Nanti dah besar, dia boleh tgk. Kita pun boleh buat rujukan ^_^. Kat blog bukan selalu boleh update pun.

Moga anak ibu dan abah dilanjutkan usia dlm ketaatan kpdNya, membesar dgn sihat, jadi anak yg soleh. "Dikurniakan Allah rezeki yg melimpah ruah, zuriat yg ramai dan diberkati Allah." (ni doa Nabi Muhammad kepada seorang bayi - lupa namanya.)

Monday, June 14, 2010

Maher zain - For the rest of my life.

Album nasyid ni merupakan album no.1 terlaris di dunia. Salah satu lagu nasyid yang saya suka ialah yg ni - For the rest of my life.
Banyak lagu nasyid lain yg best2. Boleh search kat youtube atau klik je kat sini -  Maher Zain kat yourtube.



For the Rest of My Life.

By: Maher Zain



I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything was changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
In front of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Wednesday, June 9, 2010

Make Over

Ni bukan make over orang atau beg, tapi make   over my blog.. hihi ^^ . Alhamdulillah, baru puas hati sikit.  Bukan pandai sgt pun tp try & error je. Lagi pulak dgn wordpress ni, memang masih baru sangat. Kalau blogspot tu senang sikit, tutorial pun banyak.


Tapi akhirnya boleh gak saya make over kan blog ni. Warna2 kat sidebar tu dah takde. Saya lebih suka putih cam tu. Senang nak letak gambar atau banner terutama yg ada warna background jadi semua warna boleh masuk.


Gambar yang cute mute tu saya ambik kat sini. Suka warna pastel dan designnya yang comel 2 ^^.


Ada sesiapa nak saya make over blog dia? Hihi, mcm expert sgt. Tapi bolehlah sikit2 tu. Kalau nak, saya charge RM20 je.  Nanti dah expert mahal pulak..^^.


Macamana? Mana lebih cantik, yg lama atau yg baru? Tak lama mungkin header pulak tukar.

Tuesday, June 8, 2010

Backpacks & Shoulder Bags



 Bag ni dah lama siap, tapi tak sempat nak display kat sini. Sepatutnya ada dua diapers bag menggunakan kain yang sama. Tapi satu lagi saya belum siapkan memandangkan orang yang order tak balas email saya.

Ada yg berminat ke? Kalau ada yg berminat boleh email saya. Material dari 100% cotton yg saya beli dari Nana.

Susah jugak nak buat beg ni dan ambik masa yang agak lama untuk menyiapkannya.

Ni satu lagi backpack, ditempah oleh kak ani. Dah pos pun pada tuannya.




Kain dari Micheal Miller Designer. Macam biasa, saya beli dari Spinningspool shoppe .




Ni shoulder bag utk Amirah. Gabungan jeans dan cotton jepun. Guna magnetic button as closure. Mungkin next time kena guna zipper utk lebih safety dan kemas.




Yang ni pulak beg saya..^^. Dah puas pusing, sudah bwk balik kg pun baru tunjuk kat sini. Ni bag make over je, dari beg merah avon jadi beg rainbow stripes. Saya tambah 4 poket kat dalam. Tapi lupa ambik gambar..sorry ^^.



Ni felt applique beg saya secara dekat, cantik tak?? Hihi..cantiklah kan, tapi simple je ^^, alhamdulillah, siap.

Monday, June 7, 2010

Wedding Invitation

google pic.


Got a lot, a lot of wedding invitations. Hehe..bukan banyak mana pun tp bila semua kenduri kat kampung, tak laratnya nak balik. Pagi Sabtu lepas baru balik Kelantan, penuhi jemputan kahwin kawan suami. Semalam dah balik sini, Jumaat ni nak balik lagi..kenduri kawan baik saya pulak. Fuhh..penat gile. Tak pergi, rasa tak patut pulak, dia tunang hari tu pun tak dapat pergi. Nak naik public transport memang tiket dah abis pun.

Kerja pun byk tertangguh. Minta maaf byk2 buat semua yg menempah bag dan telah bayar deposit..jadual lari sedikit. Saya perlukan kekuatan untuk menjahit semula. Minta maaf byk2..

Wednesday, June 2, 2010

Dream Catcher Fairy Giveaway


Buat pertama kalinya, Sweetlilcraft yang baru menyertai giveaway.  Blog yang lama selalu ikut serta ^^.


Ok, hadiahnya cukup menarik yang disediakan oleh Dream Catcher Fairy. Saya teruja dengan fabric cover buttons tu ^^


Ada yang berminat untuk sertainya boleh singgah ke Dream Catcher Fairy. Tarikh tutup pada 25 June 2010.

Tuesday, June 1, 2010

Ingin anak dan ilham utk berkraf?

Salam semua, hari ini izinkan saya berkongsi sesuatu dgn rakan2 dan pembaca semua ^^.

Ilham utk berkraf atau menghasilkan sesuatu yg kreatif dan lain dari yang lain dtg dari pelbagai cara. Ada dtgnya dari alam semula jadi, gambar, internet atau apa saja di sekeliling kita. Namun semuanya adalah asbab atau sebagai perantaraan yang Allah salurkan melalui minda kita.

Kreativiti juga tertakluk pada banyak bidang termasuklah dalam menghasilkan kraftangan, masakan, fotografi, lukisan dan sebagainya. Jadi  sesiapa saja yg ingin menjadi org yg lebih kreatif, mendapat ilham yang baru dalam karyanya amallah Asma Ul Husna  ini:

Ya Musawwir - Pereka

THE FASHIONER
~

Allah fashions His creation. For example He gives different types of birds, different shapes, sizes and colours. He is the designer and giver of forms and colour to His creation.




Bolehlah baca seberapa byk pun, tengah menjahit ke..tgh buat kek ke, moga Allah berikan idea yang baru dlm menghasilkan hasil tangan masing2 ^^.

Zikir Asma-ul-husna ni makcik saya yg bagi minggu lepas selepas dia balik dari kuliah subuh. Dia pun suka dalam membuat kraftangan, memang satu hobi dgn dialah^^.

Alhamdulillah, dalam saya mencari maksud Al-Musawwir ni saya terjumpa wallpaper ni. Beberapa bulan yg lepas, kawan saya ada beritahu saya  supaya berpuasa 7 hari untuk dapatkan anak tapi lupa zikir apa yang perlu saya baca. Semalam baru saya bertanyakan suami pasal ni, tapi dia lupa langsung pasal amalan tu. Hari ni Allah dah bagi jawapannya. Alhamdulillah, syukur sangat.


Jadi sesiapa yang inginkan anak atau nak tambah anak (mcm saya ni^^) bolehlah amalkan:


Puasa 7 hari berturut-turut dan setiap kali buka puasa dengan air ucaplah Al Musawwir/ Ya Musawwir.


Insyaallah, Allah akan berikan zuriat. Alhamdulillah, kawan saya yg amalkan ni, sebulan  lepas tu dia mengandung. Kita berusaha, Allah menentukan semuaNya. Apapun Allah akan bagi yang terbaik untuk kita, redha lah atas segala dugaan dan kurniaNya.

Mengingati Allah..Allah akan ingat pada kita. Mengingati Allah..hati akan menjadi tenang. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dariNya.

Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...