Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Thursday, April 29, 2010

Kain dan Riben


Hari Isnin lepas dapat kain ni dari Diesha. Ada extra fabric lagi..sukaa :)


Untuk rakan2 yg tempah beg dsbnya boleh pilih kain ni. Boleh tengok dengan lebih lanjut kat sini.



Bawah ni pulak, grosgrain ribbon untuk dijual. Saya beli kat satu kedai kraf kat sini. Baru je terjumpa kedainya semasa mencari buggy Amjad. Mcm2 ada tp yg ni je saya dpt sambar dulu, harga barangnya pun tak mahal sgt. Sesiapa yg berminat NAK BELI boleh singgah kat LILSTORE saya. Kalau nak beli by pack pun bagitau saya ye. Insyaallah, saya boleh bagi harga special. Lilstore tu saya belum master lagi..:)



Ok, jumpa lagi ^_^

psttt..tak berapa sihat, kena selsema. Nak tidur malam susah sgt, hidung terumbat. Nak buat kerja, kepala pulak berat je. Doakan saya cepat sembuh ye :)

Wednesday, April 28, 2010

Waiting List

Waiting list saya dah update, boleh tengok kat sini.

Jika ada yang tertinggal, tolong bagitau saya ye.

Terima kasih buat semua kerana sudi tempah dengan saya dan bersabar tunggu tempahan siap.


Tuesday, April 27, 2010

Tempahan Ditutup


Tempahan bag dan sebagainya telah ditutup buat sementara waktu.


Harap maaf ye.


Takut nak ambik banyak sangat, kaki tangan tak cukup..hihi, karang lama pulak menunggu beg siap.


Apa-apa perubahan, saya akan beritahu nanti.


TERIMA KASIH SEMUA ^_^

Umrah & Ziarah: Istanbul 1

Salam, hari ni saya ambil sedikit masa untuk cerita mengenai Ziarah & Umrah saya sekeluarga pd 7/4-21/4 baru-baru ni.


Pada 7/4, kami berlepas pada pukul 7.30 malam ke Singapura.Transit di Changi Airport lebih kurang 4 jam dan pukul 11.10 malam kami berlepas ke Istanbul, Turki. Ke Istanbul, lebih kurang 11 jam. Fuhhh...lenguh satu badan.


Sampai pukul 6.30 pagi. Lepas check in hotel, pukul 9 pagi kami mulakan ziarah.



Tulip ni di tanam di setiap landskap bandar Istanbul, kiranya inilah bunga kebangsaan Turki. Gambar ni diambil di Istana Topkapi



Pintu gerbang laluan masuk ke Istana Topkapi, masuk je memang  terkedu tgk kecantikan taman dan bunga tulip.




Sebahagian taman di Istana Topkapi




Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed. Ia dinamakan Masjid Biru kerana dihiasi dengan tampalan seramik berwarna biru di dinding dalamnya.


Gambar dalam masjid ni nanti saya upload kemudian.




Saya ambil kesempatan mengambil gambar ketika berjalan kaki dari Masjid Biru ke Istana Topkapi. Macam2 benda menarik dan cantik2 tp saya tak beli apa sangat, sekadar fridge magnet sbg tanda ingatan dari Turki je..hihi. Duitnya mahal dari kita. Tu yg tak shopping. 1 Turki Lyra lebih kurang MR3-4 kita. Paling tak tahan, nak masuk tanda pun 1 lyra, tak ke RM3 sekali masuk..huhu.




Makanan ruji orang Turki ni roti dan roti ni yang biasa dijual di tepi2 jalan. Ada yg guna kiosk kecik tapi yg ni masukkan dalam kayu je ^_^.




Gambar ni diambil dari dalam bas. Ni permandangan senja di Selat Boporus. Selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan Asia. Istanbul terletak di bahagian Eropah.


Oklah, nanti saya ceritakan lagi.. ^_^.

Monday, April 26, 2010

Berpindah ke Blog Baru

Salam semua,

Untuk makluman kawan semua, blog ini dan blog peribadi saya telah berpindah ke blog baru :

http://sweetlilcraftcollections.com/

Jemputlah datang ye dan jgn lupa tukarkan ke alamat baru :)
Nanti saya update address kawan2 kat blog baru jugak.

Jumpa di sana ^_^

Blog Baru

Alhamdulillah, kedua-dua blogspot saya [a] & [b] telah saya pindahkan ke blog baru SWEETLILCRAFTCOLLECTIONS.COM, panjangnya..fuhh (" ,).  Ini lebih memudahkan saya menguruskan keduanya dalam satu blog shj. Kedai online saya, LILSTORE masih dalam pembinaan. Insyaallah, produk akan ditambah sedikit demi sedikit.


Blog ini juga belum lengkap sepenuhnya dan masih dalam pembinaan utk memasukkan data2 penting, link blog kawan2 pun belum saya masukkan..sorry ye, nanti saya masukkan :)


Untuk rujukan mengenai tempahan beg dsbnya, kalau pening kat sini boleh rujuk blog lama dahulu.


Ohya, saya telah minta bantuan Kak Emila utk bina blog dan Lilstore. Kedua2 header tu dapat sentuhan khas dari Kak Emila. Cantik tak? Saya sukaa sgt.. :)


Oklah, jumpa lagi utk cerita ziarah & umrah ^_^.

Thursday, April 22, 2010

Baru Sampai

Saya baru sampai malam tadi. Masih penat sbb berbelas jam dlm fight dari Jeddah, Istanbul, Singapore dan KLIA. Jeddah ke Istanbul 4 jam, transit 15 jam. Dari Istanbul ke Singapore dalam 11 jam dan 45 min ke KLIA. Dari Singapore ke KLIA, Amjad menangis sepanjang perjalanan. Entah kenapa, mungkin dah terlalu penat dan telinga sakit. Still jet lag, Amjad tidur pukul 2.30 pagi semalam.

Nanti saya sambung lagi.. :)

Tuesday, April 20, 2010

Pengumuman


Assalamualaikum,


Buat semua rakan2 dan pelanggan2 yg dihormati,
saya tidak dapat online dalam beberapa minggu terdekat ini.
Insyaallah, saya akan menunaikan umrah pada 7 April-20 April ni, jadi segala email dalam tarikh tersebut saya akan balas selepas saya pulang dari Tanah Suci.


Saya juga ingin memohon maaf banyak-banyak jika ada sebarang kekurangan ketika berurusan dgn saya.
Harap dapat halalkan apa yang terkurang atau terlebih.





Doakan saya selamat pergi dan pulang serta sihat di sana nanti.
Insyaallah, saya akan doakan kesejahteraan rakan2 semua.


Terima kasih ^_^


note: Tarikh asal 25/3 telah ditunda ke 7/4.





PENGUMUMAN

Assalamualaikum,

Buat semua rakan2 dan pelanggan2 yg dihormati,
saya tidak dapat online dalam beberapa minggu terdekat ini.
Insyaallah, saya akan menunaikan umrah pada 7 April-20 April ni, jadi segala email dalam tarikh tersebut saya akan balas selepas saya pulang dari Tanah Suci.

Saya juga ingin memohon maaf banyak-banyak jika ada sebarang kekurangan ketika berurusan dgn saya.
Harap dapat halalkan apa yang terkurang atau terlebih.
Doakan saya selamat pergi dan pulang serta sihat di sana nanti.
Insyaallah, saya akan doakan kesejahteraan rakan2 semua.

Terima kasih ^_^

note: Tarikh asal 25/3 telah ditunda ke 7/4.


(sticky post)

Saturday, April 3, 2010

Sling clutch

Saya buatkan satu untuk kegunaan sendiri. Senang nak bawa pergi shopping. Saya ni tak suka bawak handbag. Talinya panjang, sesuai utk silang kt bahu. Simple je talinya tapi rock sikit, saya guna tulang seluar jeans..takyah nak jahit lain,hihi. Ni, jeans yang norlie bagi. Nanti balik dari umrah, nak buat satu utk norlie pulak. Tapi bukan pattern ni. Pattern lain..tunggu nanti ye ^_^






Bunga butang saya ^_^

Oklah, nak balik kampung. Insyaallah, jumpa lagi.
Have a nice weekend (*v*)!!

Friday, April 2, 2010

Sambutan Kali ke-2


Ingatkan dah cukuplah dgn pizza dan donut, tapi semalam suami ajak pergi makan kat De Palma Hotel, Bangkok Restaurant ke apa namanya..lupa dah.

Alhamdulillah, sedap makanannya. Tapi tak sempat nak ambik gambar dah ngap semua..hihi. Sesapa nak buat sambutan apa2, saya rekomen kat sini. Malam, org pun tak ramai sgt, servis pun cepat, yg penting makanan pun sedap dan banyak pilihan. Gambar atas tu ikan kerapu goreng dgn sos istmewa. Taktahu lah apa benda, nama siam pun ada tapi ingatlah namanya.

(Apapun, terima kasih bang ^_^. Sayangg abang)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover