Perhatian!!

Ada beberapa post yang telah hilang gambarnya. Saya akan update balik gambar tersebut satu persatu ye. Harap masih sudi singgah ke sini ^^.

Tuesday, March 30, 2010

My Birthday

Alhamdulillah, masih lagi dilanjutkan usia oleh Allah. 25hb Mac lepas hari lahir saya yg ke - 29. Hmm..kejap je dah nak masuk 30, 10 thn lagi dah 40. Bekalan kurang lagi ni..Ya Allah, moga ku diberi segala kesempatan utk membawa bekal secukupnya ketika mengadap Mu.

Sepatutnya, 25 hb tu jugak saya terbang ke Mekah, tp belum rezeki lagi..ada hikmahnya tu. Jadi, insyaallah, 7hb 4 ni baru berangkat.

Ohya, hari lahir tu sambut dgn sederhana je. Suami belikan pizza hut dan Big Apple Donut. Makan 3 beranak je kat rumah :) Syukur, terima kasih byk2 buat abang.


Dan ini, surprise gift dr suami :) Gantikan kamera Canon yg lama. Warna hijau gak..sebiji cam dlm gambar. Nanti buat ambik gambar kat sana (*-*). Tapi kt Masjidil haram, perempuan tak boleh bawa kamera. Nanti suami jelah yg ambik gambar.

Terima kasih juga buat kawan2 yg wish happy birthday. ^_^

Thursday, March 25, 2010

Giveaway!!



Giveaway yg besttt sgt dari Quilter's Bag

Hadiahnya:
3 yards of Large Half Circle ribbons from American Crafts Premium Ribbon,
3 Fat Quarters ( 2 x Calico, 1 x Susan Winget)
4 assorted sizes of flower buttons
1 Family Living Simply Delicious Chocolate recipe book!

Tentu ramai crafters kat luar sana yg berminat..hihi.
Nak join?
Join sebelum 29 March ye.
Klik kat sini.

Note: Ohya..umrah saya ditunda ke tarikh 7/4. Insyaallah, harap2 takde apa2 perubahan lagi.

Friday, March 19, 2010

Tinggal beberapa hari lagi

Tinggal beberapa hari lagi sblm saya sekeluarga berangkat ke Mekah. Sebelum berangkat, perlu selesaikan beberapa perkara dulu. Cuti Maulidur rasul baru2 ni, saya ambik kesempatan pulang ke Kelantan jap. Alhamdulillah, jalan tenang je takde sesak pun. Pukul 2 ptg dah sampai kg saya. Balik ni jumpa nenek saya, minta ampun dan maaf & ziarah kubur arwah mama. Musim panas skrg ni tapi rasa seronok gak balik, takdelah lecak kt depan rumah.

Ni kebun nenek dpn rumah, dah berbuah pun terungnya.


Lepas solat Zohor, terpandang satu plastik penuh dgn kain perca. Wahhh..tapi bukan cotton, kalau cotton dah lama saya bawak balik, hihi :)
Ni kain yg biasa org buat baju kurung tu, kain apa ye?? Macam2 la nih.
Lepas tu saya jahit tangan benda kat bawah ni...

Uncang kecik utk simpan jarum kait saya :) Mesin jahit ada dalam bonet kereta tapi malaslah nak keluarkan. Lagipun, plug kat rumah nenek tak banyak pun. Adalah mesin jahit klasik nenek saya..lupa pulak ambik gambar, nanti balik lagi nak ambiklah gambarnya.


Balik rumah saya siapkan beg utk makcik saya, katanya nak bawak pergi umrah nanti. Jadi saya jahitlah cepat2 :) Kain cotton jepun.

Saya letak bunga kait saya sbg hiasan, key chain pun dari bunga yg dikait. Alhamdulillah, dah makin faham cara kait2 ni :)

Saya letak label yg lama pada poket. Ada 2 patterns label baru saya, nanti kemudian saya tunjuk :)

Ni kotak pensel ala pouch. Kak Salwa yg punya, kain corak cupcake. Sulam nama pada bahagian depan.

Bahagian belakangnya saya sulam cupcake. Simple kan? ^_^

Ni pun simple je, key chain kapkek utk Kak Salwa. Terima kasih kak salwa :)


Ni diapers bag yg terbaru. Kain cotton jepun, saya pilih berdasarkan permintaan Nor yg nak warna gelap. Alhamdulillah, Nor suka. Tahniah atas kelahiran baby boy!! (*v*)


Ok, yang ni pulak saya buat utk sepupu saya. Katanya nak isi kameranya. Harap2 muatla, sbb hari tu tak ukur pun kameranya. Main agak2 je. Hari ni nak bagi padanya.

Ni rama-rama ungu ^_^


Ok, yang ni tgh dalam proses. Ntahlah sempat ke tidak sblm pergi umrah. Sulam ni perlu perhatian lebih sikit. Kalau setakat jahit sekejap je. Harap nurul dapat tunggu ye.. ^_^

Itu jelah setakat ini. Saya pergi Melaka besok, ke rumah mak mertua pulak. Hari ni bermalam kat Banting dulu, rumah makcik.

Sampai jumpa lagi. Saya mohon maaf jika ada salah silap ye.
Terima kasih (*v*)!!


Thursday, March 18, 2010

New Bag Patterns for Custom Order

A1,A3 - Tote bag
A2 - Pouch/make up pouch
A4 - Handbag


B1- Tote bag
B2 - Backpack

B3 - Bottle cozy

B4, B7 - Pouch

B5 - waist pouch

B6 - Drawstring bag

C1-C4 - Bags


D1-D5 : Diapers Bag


E1, E2 & E4 - Bags E3 - Pouch/Make up Pouch


F1&F2 - Diapers Bags




G1&G2 - Ipod cozy
G3&G4 - Backpack Bag / Diaper bags




Saya teringin nak jahit beg2 diatas, tapi belum ada kesempatan. Jadi, jika ada sesiapa yang berminat utk tempah beg2 diatas, boleh email saya. Saya dengan senang hati ingin jahitkan utk anda ^_^.
Harga beg bergantung kepada harga kain dan hiasan lain. Upah jahit bergantung kepada susah atau senang jahit sesuatu beg. Biasanya saya ambik Rm5-30.
Tempahan baru ni utk bulan 6 atau 7 keatas ^_^

Pilihan kain boleh tgk kat sini. Insyaallah, stok kain yang baru akan sampai bulan empat.
Kalau tak berminat dgn kain sedia ada boleh beritahu saya corak yg mcmana anda suka, insyaallah..saya cuba usahakan.

Have a nice day. Thank you (*v*)!




Tuesday, March 16, 2010

Basi dah

Jangan makan!! Kalau makanan basi, memang tak boleh makan. Kalau cerita basi macamana pulak?? Hihi..saje je sbg pembukaan. Cerita ni bukan basi cuma tak fresh sebab dah lama perap. Cerita semasa saya pergi Sarawak hari tu. Pergi tanpa dirancang. Ntah apa mimpi suami saya malam tu, saya buka mata je dia terus cakap.. "Jom kita pergi Sarawak". "Betul ke ni?"(kekadang dia gurau je) tapi rupanya hari tu memang betul. Katanya dah cek tiket, tak mahal sangat. Jadi boleh lah pergi. Jadi, petang tu kami terus terbang ke Sarawak. Kawan baik suami pulak memang tiggal kat sana, jadi kami takdelah menginap kat hotel..jimat kos penginapan :) Kami tinggal kat sana dalam 4 hari 3 malam. Ok, jom tengok gambar..


Inilah awan ciptaan Ilahi, sekali tengok macam gunung-ganang..subhanallah. Gambar ni diambil masa dalam perjalanan ke Sarawak. Saya suka tgk awan, mendamaikan dan terasa diri ini begitu kerdil.


Gambar kat airport Kuching. Cantik jugak airportnya. Tak macam LCCT.. :( , namanya dah low cost. Ni tengah menunggu kawan sampai.


Sampai sana, kawan bawa pergi makan nasi ayam penyek kat restoran Raja Ayam Penyek kat... mana tempatnya ye? Alahai, lupa dah..nilah bila cerita diperap2:) Ha...Satok! Betulla rasanya.

Inilah nasinya..hmm, memang sedap. Sebelum balik pun pergi makan nasi ni dulu. Kot kang kempunan pulak.


Laksa Sarawak ni kami rasa sebelum balik, bolehlah..tapi tak kena dgn selera kami :)


Dalam perjalanan ke seberang dari Waterfront. Amjad menangis naik bot, takut dgn bunyi yg enjin bot..hihi. Kat seberang, kami borong kek lapis.


2 gambar kat atas tu kat Sarikin. Lebih kurang macam Rantau Panjang, Kelantan gaklah, tp kt Kelantan dah ada bangunan sendiri tapi kat sini jual kat pondok je. Operasi jual beli cuma hari Sabtu dan Ahad. Barang2 memang murah, nasibnya tak bawak byk cash..kalau tak, habis diborong. Mana taknya, duit yg ada pun boleh abis, tinggal berapa ringgit je..hihi


Sebelum balik, bergambar kat kucing ni. Ini acara wajib ni. Bila nak datang lagi tak tahulah.
Itu aje, terima kasih :)

Sunday, March 14, 2010

Kain Terbaru

Salam semua, dibawah ialah beberapa kain terbaru yang ada dalam stok.
Kain-kain ini untuk pilihan kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan beg, pencil box dan sebagainya.


Cars & Signage
Sue in Line


Small Red Flowers
Roses in light Brown


Cute Little Flower
Blue and Yellow Flower


Jumping Sheep
Kawaii Animals


White Polka dot in Red (big dot)
White Polka dot in Blue (small dot)


Fabrik di atas semuanya 100% Japanese cotton,
Sesuai utk buat beg, purse, pencil box, pouch dsbnya.



Blue Little Flowers
Pink Flowers

Cotton campuran tapi tetap sesuai utk buat pencil box, wrist clutch, purse / wallet.
Kainnya lembut dan cantik ^_^.


Brown Patchwork (Japanese Cotton)
Damask (US Cotton)


Roses in White Base
Bling-Bling Flowers in Black



(100% US cotton)
Sesuai utk tote bag, handbag, purse dsbnya.



Happy Butterflies
Stripes Purple
Small Pink Flowers



Heavy Cotton
Sesuai untuk tote bag, diapers bag, pencil box, pouch, purse dsbnya.


SESIAPA yang berminat boleh email saya.
Sesiapa yang dah email saya, boleh buat pilihan kain dan confirmkan order. Nanti saya akan masukkan dalam waiting list. Insya'allah, saya cuba siapkan jadual waiting list dalam tempoh terdekat ni.
Terima kasih buat semua ^_^



Monday, March 8, 2010

Peninggggggg! Tolonggg!

Dah lama tak update kan..?

Sebenarnya, saya tengah mencuba membina website baru sweetlilcraft. Saya dah beli domain dan hosting tapi ia menggunakan tapak wordpress. Memang betul wordpress banyak plugin2 yg canggih tapi susah nak setup bagi saya. Saya lagi suka guna Blogger. Simple.

Naik pening saya cuba buat. Nak upah web design mahal dan tak mampu pulak. Huhu.. nak buat camne ni?

Ada sesiapa yang boleh buat atau kenal sesiapa yang boleh bina website guna wordpress? Saya nak simple je. Putih, pink, biru mcm blog sweetlilcraft. 3 column dan ada tab navigation. Kalau blogger ni dah boleh saya godek2 sendiri. Wordpress ni, zero utk saya. Huhuhu..tolong saya!! v_v

Wednesday, March 3, 2010

Fabric Giveaway by Rozi's Needlework


Salam semua,
Kali ni giveaway yang dianjurkan oleh Rozi's Needlework.
Ada 5 packs kain utk dipilih oleh pemenang. (Pilih satu je tau.. ^_^)
Semuanya cantik, tapi saya paling berkenan yg kat bawah ni:


Kalau dapat, saya nak buat beg tangan macam beg kat bawah ni:

Suka-suka... ^_^

Ada yang nak join? Boleh klik kat sini.


p/s- Kak Rozi, kalau tak menang, saya nak beli kainnya boleh ? ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Pin It button on image hover