Wednesday, October 28, 2009

Mikylayna's giveaway



Kali ini, Cabbiena @ kak sab bermurah hati utk bagi (giveaway) beberapa hair clip hasil tangannya sendiri. Kraftangannya memang cantik dan kemas. Boleh tgk kat sini.

Yang paling menarik hati saya hairclip yg bunga merah putih tu..lawa kan??
Sesiapa yg berminat boleh klik kat sini. Jom join ramai2 ye >_<


Zakka Handmade Book


I just received this book today. Full of crafts tutorial. Really love to buy craft book even don't know when can i make it >_- . Just full fill my crafting needs...>_< . Oo..I bought it from Kak Zana from Seni Z Goods. Very fast delivery..thanks kak. I give you A :01:... ^^

New diapers bag




Here is diapers bag for my regular customer. Really hope she like it even its not come out just like the picture she gave me. It has 5 pockets : 4 pockets inside the bag and another one on the outer side of bag. Size: 14"x16" , deep - 5" , strap - 17" Closure: Velcro Fabric: 100% American cotton

Tuesday, October 27, 2009

Tote bag Diana




This is another one custom order-tote bag, request by my mother's colleague. Just simple tote, embellished with ribbon and button from Buttonplanet. This fabric I bought from Kak Lin-Spinningspool Shoppe. It is 100% cotton, very nice fabric and love working with it ^^.

Monday, October 26, 2009

Cutest Baby in Blue Contest

Amjad join satu lagi contest..Cutest Baby in Blue Contest :03:
Terjah blognya untuk tau lebih lanjut mengenai pertandingan ni.
Boleh klik kat gambar @ banner sebelah @ pun kat elizakru.blogspot.com
Tarikh tutup 17 November 2009


Ni gambarnya. Tengah tolong Tok Anjang buat pondok tunggu durian kat kebun ^^

Harap gambar cukup berkualiti untuk memenuhi syarat pertandingan.

Nama: Muhammad Amjad bin Ahadi
Umur : 16 bulan



psst-snap with hp sony ericson C510

Buku Amjad

Baru-baru ni saya menang giveaway dari I sew!I do tuan punya Moleygarden.com . Saya menang boucer 15% potongan untuk beli satu barang kat Moleygarden. Jadi saya beli buku ni untuk Amjad. Dengan pembelian buku ni saya dapat 2 CD dan satu buku mewarna. Dah besar sikit lagi, bolehlah Amjad mewarna. Sekarang, setiap kali tengok atau ambil buku ni dia pasti sebut ba ba ba atau da da da. Selalunya lepas saya solat Magrib, pandai je dia ambik buku dan buka nak baca..hihi.

Cd pulak saya pasang kat kereta satu, satu lagi pasang kat komputer rumah. Memang sukalah bila dengar nasyid sebut huruf Al-quran tu. Masa beli buku ni saya tgh tight budget, kalau tak saya beli satu set terus..untuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, lagi save. Nanti nak beli lagilah 2 set tu. Kawan2 yang nak beli boleh klik kat sini atau pada banner gambar buku kat sidebar. Belian dari AdikBijak.com lebih murah dari harga pasaran ^^.

Alhamdulillah, Amjad baru 16 bulan tapi dah pandai sebut beberapa huruf yang diajar. Moga Amjad jadi anak yang soleh dan bijak ye ^^.

Amjad join contest SENYUMAN CERIA SI COMEL


Salam semua..lama tak update kan?? Tapi saya sempat singgah kat Smileykids^^.
Hmm..Smileykidz ada buat contest SENYUMAN CERIA SI COMEL.
Jadi ni first time Amjad join contest, selalunya ibunya aje yg sibuk masuk giveaway :)
Hadiahnya bestt..

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~


Ni untuk seorang pemenang je. Ada lagi hadiah lain. Nak tauu??
Jom terjah blog Smileykidz. Tengok juga syarat2 penyertaan. Tarikh tutup 31 Oktober ni..dah tak lama dah.
Jadi cepat2 ye sebelum tarikh tutup ^^. Sesiapa yg nak join oleh klik pd gambar atau banner kat sebelah.

Penyertaan cukup ramai. Tapi, ibu tetap harap Amjad ada peluang ^^
Pihak Smileykidz membenarkan seberapa banyak gambar. Jadi saya upload je gambar2 Amjad yang ceria. Memang senang ambik gambar dia senyum..sbb dia memang murah senyuman. Tapi ni kira gambar dia baru tumbuh gigi.


Nama: Muhammad Amjad bin Ahadi
Tarih lahir : 17 Julai 2008
Umur : 16 bulan











Thursday, October 22, 2009

Mangosteenskin's Giveaway


I'm really admired her works.
Now she having a giveaway.
Jom join ramai2 ^^
She will randomly draw the winner. It will be closed on 3rd Nov.
I hope I'm the lucky one..^^

Kalau saya menang, nak minta cik mango buat gambar pincushion & needle, boleh?? ^^


Monday, October 12, 2009

Berminat dgn Tudung Cotton bidang 60"??


Ada sesiapa berminat dgn tudung cotton bidang 60" ??
Diterbangkan khas dari Mesir.
Sesiapa yang berminat boleh jamu mata dan shopping terus kat Adorable Solehah ^^.
Sila-sila ye, boleh pakai untuk Aidiladha nanti.

Friday, October 9, 2009

Tudung Bidang 60"


Ada sesiapa berminat dengan tudung bidang 60"?
Tudung ni dari Mesir.
Lembut, sejuk dipakai, senang di gosok dan mudah dibentuk.
Sesiapa berminat boleh ke Adorable Solehah.
Ada 18 helai sahaja yang available.
Gambar-gambarnya saya akan uploud dari masa ke semasa.
Cepat dapatkannya sebelum kehabisan ^^


New Tote Bag


Susah betul saya nak siapkan beg ni. Bukan apa, setiap kali duduk untuk menjahit je, Amjad mulalah nak naik sama. Tergendala lah kerja yang sepatutnya dah siap lama. Tote beg ni untuk Amy Diana, harap amy suka dengan design beg ni.
2 butang kat atas tu ialah butang balut yang menggunakan kain yang sama.
Terima kasih ^^


.

Thursday, October 8, 2009

New Header

Perasan tak new header??
Menggantikan yang lama. Tulisan pun dah tukar. Mungkin sikit masa lagi saya akan tukar label pada tulisan tersebut.
Lagi senang dari yang lama. Ok ke tulisan mcm tu, simple kan? Harap dapat kekal pada tulisan tu sbg label. Susah betul saya nak fixed pada label ni. Ada sesiapa boleh tolong ke?? Huaaaaaa...

Ni header lama

Header baru ok??


note: Tote bag Amy dah siap. Insyaallah, esok saya upload gambarnya.



Pencil box yang dah dihantar




Ini pencil box anak kawan Ma yang saya bagitau hari tu. Cupcake in black ^^ dan keychain cupcake yang disulam nama anaknya.








Dan ini pencil box kak ain yang saya jahit semula sebab tersalah kain. Sorry ye kak ain. Harap akak suka pattern yang dibuat. Apa-apa hal bagitau ye^^.

Terima kasih semua. Saya jual ye ^^

Frustnya..


Bila berniaga ni, macam-macam kerenah pelanggan. Berniaga online ni kita bergantung pada kejujuran seseorang dalam urusniaga.
Kekadang kita dapat pelanggan yang jujur dan amanah kekadang tidak.

Saya agak kecewa apabila ada yang menempah sesuatu produk tapi bila dah siap orang tu senyap je. Kalau taknak pada produk yang dibuat, apa salahnya beritahu dan respon pada email atau sms. Beritahu saya apa yang anda tidak puas hati pada sesuatu produk, jadi saya boleh ubah atau baiki kekurang itu. Sekurang-kurangnya, hargailah masa yang saya habiskan untuk hasilkan produk tersebut. Saya pula jarang ambil bayaran deposit pada sesuatu produk yang ditempah, kalau hal ini berlarutan terpaksalah saya mengambil deposit untuk tempahan seterusnya.

Ada juga bila saya tanya feedback pelanggan yang telah mendapat produk yang ditempah, senyap je tanpa respon. Langsung tidak dibalas email, sms atau ym. Teruk sangat apa yang saya buat?? Kalau dulu hubungan baik je, sekarang dah terputus hubungan tanpa saya ketahui sebab musabab. Betul2 frust.....
Mungkin tak suka..tapi tu lah, saya tak harapkan pujian tapi apa salahnya respon walaupun ia adalah kritikan.Jadi saya boleh perbaiki mutu kerja saya. Perlu juga diingatkan, saya bukannya profesional. Hanya amatur dlm bidang jahitan mahupun kraftangan, cuma ingin berkongsi hasil tangan dengan rakan-rakan di luar sana. Saya juga tidak mangambil untung yang banyak.

Terima kasih banyak2 pada rakan2 lain yang menempah dan memberi respon yang positif ^^
Harap dapat berurusniaga lagi dan anda gembira dengan produk yang dihasilkan.


Wednesday, October 7, 2009

Saat yang amat mencemaskan...!!

Suami ke Singapura atas urusan kerja selama 2 malam pada hari Sabtu yang lepas. Pagi Isnin, suami dah ada kat rumah. Amjad pun terus bangun bila dengar suara abahnya. Saya angkat Amjad dan terasa badan Amjad agak panas. Sejak Amjad lahir, alhamdulillah..dia tak pernah demam teruk. Mungkin juga berkat susu ibu yang Allah kurniakan. Tapi hari tu, lepas mandi dan makan, saya bagi Amjad ubat demam takut melarat. Amjad tak ceria macam hari2 biasa, mula merengek dan tak boleh ditinggalkan. Jadi, saya layan dia je seharian. Petang, mandikan Amjad mcm biasa dan keluar makan. Amjad ok je, cuma diam tak aktif macam biasa. Panas badannya pun dah kurang.

Balik rumah, terus bagi ubat lagi. Dia tidur. Tapi asyik bangun dan merengek nak susu. Sebelum saya tidur saya ambil daun lidah buaya, hancurkan dan campur air untuk lumurkan kat kepala dia. Bila air kering je, saya sapukan air tu. Dalam pukul 11 malam, dia masih pejam celik. Kaki ya mula terenjat-renjat. Saya bagitau suami, katanya esok kita bawa ke hospital kalau Amjad demam lagi.Amjad pulak susu je tak lepas2, hairan juga saya. Hampir sejam dia macam tu, bila dia lepaskan baru saya dapat lelap sekejap.

Tiba-tiba dlm pukul 1 pagi, Amjad menangis kuat. Saya terjaga dan tepuk2 dia suruh tidur. Tapi mula tak sedap hati bila tgk dia senyap tapi matanya tak pejam2, badan pulak mengigil dan kaki terenjat-renjat.Ya Allah, apa dah jadi kat anak aku!! Saya terus bangun kejut suami, dia pula masih mamai cakap nak pergi hospital besok.Saya cakap, kaki Amjad terenjat2. Bila buka lampu.. Ya Allah, mata Amjad dah serong ke tepi.Mukanya biru, suara langsung tak keluar.Kami panik, terus panggil2 nama Amjad dan tepuk belakangnya.Saya terus sarung jubah dan tudung, suami tukar seluar terus berlari bawa Amjad ke hospital.Kami berlari ke lif C, lif yg paling dekat dgn kereta. Terlupa pulak lif tu tak berfungsi lepas pukul12, terus kami berlari turun tangga. Nasib kami tinggal kt tingkat 3 je. Berlari pun dengan mengigil. Dalam hati tak putus2 berdoa. Mata mula nak menangis. Dalam kereta, saya terus panggil nama Amjad dan tepuk belakang dia. Suaranya dah mula keluar tapi masih sukar utk bernafas. Kami ke poliklinik Umra, itu yang terdekat dgn rumah. Sampai sana, doktor suruh buka baju dan seluarnya.Doktor bagi ubat yang dimasukkan melalui punggung dan bagi nebulizer. Amjad mula bersuara, tapi belum kuat. Doktor lap dengan kain basah. Tapi Amjad belum stabil sepenuhnya. Dlm kelam kabut, kami lupa bawak dompet. Doc mintak kami bawa terus ke hospital, kemudian baru datang bayar. Kami terus pecut ke DEMC. Minyak kereta pulak dah merah. Ya Allah, janganlah kereta pulak buat hal. Alhamdulillah, sampai je ke DEMC..nurse kat situ mandikan Amjad. Barulah suara menangisnya keluar. Saya dan suami barulah rasa lega. Dia mengigil sejuk, tapi suhu badannya dah turun dari 40 C ke normal. Panasnya naik mendadak sbb tu dia kena sawan demam. Saya masih lagi mengigil takut, air mata tak keluar tapi dlm hati begitu sebak dan menangis. Takut apa-apa terjadi Amjad. Inilah permata hati ibu dan abah, lima tahun ibu dan abah tunggu kelahiran Amjad. Syukur sangat pada Allah. Balik rumah, suami terus buat solat sujud syukur dan hajat. Amjad pun baru dapat tidur lena. Hati saya sebak nak menangis, hari ni..bila saya luahkan kat sini, akhirnya air mata terburai jugak...

Semalam, kami jumpa doktor pakar kanak-kanak yang rawat Amjad sejak hari dia lahir. Dia periksa mata, kaki dan badan Amjad. Alhamdulillah, Amjad sihat sepenuhnya. Cuma tekaknya merah sikit. Pesan doktor dan saya kongsi utk kwn2, kalau anak demam pastikan bagi ubat dan mandikan dia. Pantau suhu badan. Pakaikan baju nipis atau buka baju terus supaya haba badannya keluar. Bila dah sekali kena, dia ada 30% utk terjadi lagi sawan demam hinggalah umurnya 6 tahun. Kalau terkena sawan jugak, baringkan dia mengiring kiri atau kanan. Elakkan dia tertelan air liur, kalau kancing gigi jgn sesekali ambil benda2 keras dan bg dia gigit. Takut nanti, gigi patah, tertelan dan sukar bernafas. Lapkan dgn kain basah dan bawa terus ke hospital. Pastikan juga jangan sampai anak terkena sawan dari 30-45 minit, hal ini boleh merosakkan otak.

Hari ni, Amjad belum ceria sepenunuhnya. Pagi tadi panas sikit, saya mandikan, breakfast dan bg ubat. Sekarang tengah tidur atas riba sambil menyusu. Dah tak demam. Kalau badannya panas je, saya memang fobia. Teringat je kejadian mlm tu, hati saya meruntun. Masih terbayang wajahnya yang biru..

Peristiwa yang pelik mlm tu, semasa masih lagi kat wad kecemasan. Amjad masih mengigil sejuk, dan suaranya tak berhenti2 sebut Allah, Allah, Allah..(dgn suara agak keletihan dan pelat). Tak pernah pulak dia sebut Allah sebelum ni. SYUKUR SANGAT pada Allah yang selamatkan Amjad.

Moralnya, kami nak cari rumah bawah secepat mungkin. Kereta satu lagi perlu ada jika ada apa2 hal ketika suami takde kat rumah, saya masih boleh memandu. Pastikan juga minyak kereta sentiasa ada. Syukur juga, kejadian yang berlaku semasa suami ada kat rumah. Saya juga kena kurangkan aktiviti menjahit, kena tumpukan masa untuk Amjad. Pada rakan2 yang sudah menempah, harap sabar menunggu ye. Saya akan siapkan tempahan yang sedia ada.

Ibu rindukan Amjad yag ceria dan aktif.
Ya Allah, kurniakan anakku kesihatan yang baik. Membesarlah dia dengan cerdik berakal, berilmu serta beramal soleh.
Aminn...



Monday, October 5, 2009

New Baby

New baby?? Adik Amjad ke?? Hihi..^^
New baby ni bukan adik Amjad tapi 'new baby' for my hobby ..pika21

Saya beli mesin jahit baru kat LSN. Jenama Borther NV-50.
Nak tau lebih lanjut pasal mesin ni boleh tengok kat sini.



Mulanya nak beli Mesin jahit Epal, tapi tak mampula. Beza RM1k dgn mesin ni.
Dia punya ciri lebih kurang sama je.
Sebenarnya, mesin jahit lama tu elok lagi. Baru pakai setahun, tapi tu lah..tergoda dengan sulam2 yang banyak kat NV-50 ni.
Sayang nak jual, tapi tak jual rasa membazir pulak. Ada sesiapa nak BELI mesin saya yang lama tu tak?? Harga boleh runding.
Kalau berminat boleh email saya kat sweetlilcraftshop[at] gmail dot com.

Sejak duduk rumah je ni. Kerjanya shopping online je. Kuih raya, tudung raya, buku, barang kraf dan mcm2 lagilah.
Ni satu lagi barang kraf yang saya terima minggu lepas.
Apa ya??

Nanti saya buka..

Hihi, decoupage kit. Ni saje je nak try kat botol2 lama kat rumah tu.
Nanti kalau dah buat saya display kat sini ^^
Ni saya beli dari Kak Muna. Harganya oklah berbanding dari yang lain.
OK. Jumpa lagi...


note: pstt..saya menang giveaway lagi. Nanti dah sampai saya tunjuk ye^^



Friday, October 2, 2009

Lamanya...

Assalamualaikum...

Lamanya tak update kan? Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih buat kawan2 yg prihatin dan mendoakan kesihatan saya. Sangat2 menghargainya ^^. Alhamdullilah, saya dah pun sihat. Result pembedahan pun dah tau. Syukur tak ada apa2 yang membimbangkan. Cuma dia pesan kalau nak elakkan dari terkena 'pembunuh wanita' tu, kurangkan makanan berlemak. Buat masa sekarang, Amjad taknak menyusu lagi sebelah tu sebab masih ada parut dan rasa keras pada bahagian yg dipotong. Cuba gak dibagi tapi sekali letak je, pastu dia sengih..:11:. Tau dia bezakan..hihi.

Cerita raya, penatla rasanya. Mungkin lain kali balik Kelantan naik flight jela. Letih duduk dalam kereta berjam2 sbb jam. Nak berjalan ke rumah kawan2 kat kampung tergendala..bowing:08:. Gambar raya, tertinggal kat kg. Nanti upload kemudian ye.

Amjad..fuhh, dah makin lasak. Sekarang usiannya 14 bulan. Kerusi, meja dah dipanjatnya. Kalau pergi shopping kompleks, pantang letak..nanti satu mall tu dia pusing. Bab makan, nak suap sendiri..habisla satu rumah 'dikemasnya'. Dah tau beberapa perkataan, bila disebut dia akan tunjukkan benda tu. Contohnya cat, fish, lizard, nose, ball.

Pasal kraf, saya dapat 'baby' baru..nak tau apa?? Nanti saya cerita kemudian.

Satu lagi, bawah ni sneak peek tudung bidang 60. Kain cotton, panas2 diterbangkan dari Mesir. Semua 20 keping je. Berminat boleh singgah ke Sweetlilcraft Shop. . Tapi belum diupload gambar lagi. Sabar ye..

Cukup dulu, nanti cerita lagi. Terima kasih ^^

Thursday, October 1, 2009

Projek yg dah siap

Inilah sulam nama untuk kak Ain, dah siap dah pun pencil boxnya tapi sbb dah tersilap kain, kenala buat semula..huhu.

Yang ni untuk Ainul, dah siap sepenuhnya.

Bahagian belakang pencil box Ainul. Dia minta letakkan butang dan riben.

Ni pulak fridge magnet yg wannur order. Buat ni masa balik kampung.

Ooo..ada satu lagi pencil cupcake yg diorder oleh rakan sekerja ma. Belum ambik gambar lagi. Nanti saya upload kemudian.
Thanks for reading ^^



p/s: Sorry, gambar tak berapa terang.


Really really sorry..

Saya nak mintak maaf banyak2 pada semua pelanggan saya yang begitu sabar menunggu tempahan disiapkan.
Apapun alasan saya, saya rasa perkhidmatan saya ni memang teruk..
Ooo pika24really2 sorry to everyone. I promise, I'll improve myself.

Sejak kebelakangan saya agak sibuk dengan family. Amjad pun makin lasak.
Seminggu sebelum raya, I got minor surgery on my breast.
Alhamdulillah, dah jumpa doktor Isnin lepas. Result ok, no problem.
Then, raya..balik kampung. Saya bawa juga craft stuffs saya semasa balik kampung.
Jadi, dapat juga saya siapkan dua sulam nama untuk pencil box kak ain dan ainul.
Sekarang dlm proses siapkan pencil box tu.
Dan dalam kelam kabut, saya dah tersalah pilih kain. Dah tertukar kain utk ainul dan kak ain.
Jadi terpaksa sulam dan jahit yg lain. Huhu..ashamed on me!!pika25
Jadi, sekali lg saya MINTA MAAF byk2 kerana yang lain juga terpaksa menunggu lebih lama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...